Weii Khairy!! Hang jangan meludah ke langit!!


Amatlah aneh apabila Ketua Pemuda UMNO cuba berlagak hero kononnya pilihan raya Kajang sengaja dibuat kerana kita tahu pilihan raya kecil Balingian, Sarawak juga akan turut diadakan tidak lama lagi.

AMK ingin menegaskan bahawa boneka sebenar dalam pilihan raya kecil N25 Kajang ialah Chew Mei Fun yang diletakkan oleh UMNO-BN sebagai calon bagi menjustifikasikan amalan perkauman, kelemahan pentadbiran dan kezaliman UMNO selama ini.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat, khususnya Keadilan yang jelas merupakan parti pelbagai kaum, diasaskan dan terus berjuang untuk menambah kecekapan pentadbiran serta tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada kezaliman UMNO-BN selama ini.

Sebagai tanda keseriusan dalam pilihan raya kali ini, Keadilan menawarkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Presiden parti sebagai calon.

Beliau berpengalaman menjadi ahli parlimen, seorang yang mempunyai kelayakan pendidikan dan teruji dalam menggalas perjuangan rakyat.

Malah, dengan usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Keadilan sebelum ini, jelas Keadilan mengambil risiko besar dan ini dibuat demi memastikan mesej reformasi bukan sahaja hanya disuarakan tetapi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan cekap.

Bagaimanapun, umum maklum betapa kecutnya UMNO-BN apabila usaha meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon telah secara tergesa-gesa digagalkan melalui satu keputusan mahkamah yang sangat janggal sehingga nama negara tercalar apabila Bangsa Bersatu dan badan bersabit undang-undang dan keadilan dunia membuat kenyataan keperihatinan mereka.

Tindakan UMNO-BN ini bukan sahaja jijik tetapi menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak pernah dan tidak akan berubah daripada mengamalkan cara politik kuno dan bankrap moral.

Dan inilah yang cuba ditutup melalui pencalonan Chew Mei Fun. Daripada seluruh kenyataan ini, jelaslah Ketua Pemuda UMNO meludah ke langit.

Maka, AMK menyeru para pengundi di N25 Dewan Undangan Negeri Kajang untuk memilih Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu sokongan untuk reformasi dan penolakan terhadap politik jijik UMNO-BN.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka
11 Mac 2014

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive