Pakar IT India dakwa temui imej satelit MH370 di kepulauan Andaman?.. Gambar lama la tu..


Seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut..


Techie uploads satellite image of ‘missing plane’ on CNN site 

Going about his work nonchalantly at his office in Gachibowli, this techie probably beat search teams of various countries in finding a probable vital clue related to the missing Malaysian plane. 
An IT analyst by profession, Anoop Madhav Yeggina had been scurrying through innumerable images of DigitalGlobe Satellite QB02 over the past few days until he stumbled upon an image which almost took his breath away. 
He had found a satellite image of a large aircraft flying very low above the Andaman Islands on March 8 which he believes is the Boeing 777 of Malaysian airlines. 
The satellite image of the purported Malaysian 
plane over Andaman Islands

The 29-year-old is among the lakhs of people from across the globe involved in the ‘crowd-sourcing’ project to find the missing plane with more than 200 passengers on board. 
He had uploaded his “discovery” along with a write-up on the CNN website on Friday, March 14, and since then received more than 16,000 views, followed by many comments from viewers. 
“I am confident that the image is that of the missing plane because of many reasons. First giveaway is the fact that the image was captured just above a forest and very close to the Shibpur air strip of Andaman Islands. 
The air strip is exclusively used by the defence forces with no permission for civilian aircraft in this area. A close look at the image will reveal if it is flying extremely low so much so that the clouds are above it which suggests it was done to avoid detection by radar. 
Most importantly, the standard scale measurement and colour of the missing plane matches with that of the plane in the image,” said Mr. Anoop. 
Wishing for safety of the passengers, he had appealed online to people with technical know-how of aircraft to further investigate the image in order to trace its whereabouts ~ The Hindu


.. Bagaimanapun imej yang ditemui oleh pakar IT dari India itu bukanlah imej pesawat MH370 yang hilang..

Ini kerana menurut syarikat yang mengendalikan peta satelit itu mengesahkan imej tersebut adalah imej pada tahun 2012..


Penjelasan lebih lanjut tentang imej yang didakwa sebagai imej MH370 itu sila lihat di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive