MH370 : Ketua Polis atau Ketua Pengarah DCA yang sebar spekulasi ni Hishamuddin?


Tiga hari yang lalu ketika operasi mencari dan menyelamat digerakkan, Sepupu Najib yang dilantik sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan sebar spekulasi mengenai kehilangan MH370.

Beliau juga mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dan menerima bulat-bulat oleh media-media luar negara sebelum ianya disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

Setelah berpuluh jam gerakkan mencari dijalankan, aku yakin bukan sahaja aku yang dah pening malah kebanyakkan rakyat Malaysia juga sama pening dengan kenyataan-kenyataan pihak berkuasa dalam negara Malaysia sendiri..

(Gambar kat atas tu KD Pahang dilihat dari KD Terengganu yang sedang mencari dan menyelamat )

Dalam hal ini isu lima penumpang..  Polis kata mereka memasuki Kapal terbang.. tapi pihak MAS pula menafikannya...

Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa lima penumpang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat penerbangannya ke Beijing yang hilang Sabtu lepas.
MAS dalam kenyataan menjelaskan terdapat empat penumpang yang tidak muncul untuk mendaftar masuk bagi penerbangan MH370 meskipun mereka telah membuat tempahan untuk perjalanan itu.
"Meskipun begitu, isu mengeluarkan bagasi tanpa penumpang tidak timbul, kerana empat penumpang berkenaan tidak mendaftar untuk penerbangan itu," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kewujudan lima penumpang berkenaan dan berkata semua penumpang yang mendaftar masuk telah menaiki pesawat berkenaan.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata bagasi lima penumpang yang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat telah dikeluarkan daripada pesawat dan didapati 'bersih'.
Pada Sabtu, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi.
Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

Siapa yang menyebar spekulasi ni?.. Ketua Polis atau  Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam?

Apahal dah semakin bercanggah-canggah laporan pasal MH370 ni??

Maksud spekulasi sila baca di ( SINI )

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive