MH370 : Gambar paling misteri yang perlukan penjelasan tersebar!!


Tentu ramai yang tidak menyedari akan misteri yang terdapat pada gambar dua individu yang didakwa menggunakan passport curi untuk menaiki pesawat MH307.

Gambar tersebut tiba-tiba hari ini tersebar meluas dalam Blog dan juga Facebook.. ianya telah mendapat berbagai ulasan dan kritikan...

Mula-mula kita baca dulu laporan berkaitan gambar misteri ini..

Teka-teki siapa dua suspek yang guna passport curi menaiki pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu terjawab petang Isnin selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan kepada media.

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport yang dilaporkan hilang dan milik orang lain itu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Khalid.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.

Khalid turut mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370.

Menurutnya lagi, polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi.

Pengumuman Khalid mengenai warga Iran itu selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport. -AD

)

Apa yang misteri sangat tu?.. tengok gambar kat bawah ini..


Persoalannya bagaimana dua individu yang berlainan, yang kelihatan badannya dan kepalanya berbeza, tapi kedudukan kaki dan lantainya sama?

Tidak mungkin samasekali kedudukan kaki kedua-dua pemuda itu benar-benar kelihatan sama sedangkan muka masing-masing sedang menghadap arah berlainan.


Ada sesiapa yang boleh tolong jawab?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive