Depa cari MH370 pakai 'Tikar Terbang' pulak dah!! (Video Inside)


Jika sebelum ini 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' menggemparkan Lapangan Terbang dengan kehadirannya atas jemputan VVIP bagi membantu mencari pesawat MH370, hari ini mereka muncul sekali lagi..

Sebelum ini mereka menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin..

Kali ini mereka muncul dengan 'Tikar Terbang' dan dua biji buah kelapa pula.. untuk membantu mencari pesawat MH370.

Tindakan mereka ini walaupun dibidas oleh Dr. Maza kerana ianya tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras dan memalukan negara tetapi ianya direstui oleh Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Apa lagi Dr. Maza kata silalah baca di ( SINI )

Katanya "Kita alu-alukan semua untuk bantu, sekarang tidak timbul soal mistik kerana yang penting pencarian kita dan kalau hendak mencari mestilah bertepatan dengan landasan agama.

"Saya minta mana-mana pihak jangan buat perlakuan yang bertentangan dengan syariat...dalam kaedah perbomohan, saya minta ia dilakukan tidak bercanggah dengan agama,"

Namun demikian, menggunakan khidmat bomoh, apatah lagi menggunakan khidmat jin adalah dilarang dan diharamkan dalam Islam.

Dalam usaha berikhtiar mencari pesawat MH370 yang hilang, jangan pula sampai menggunakan perkara yang terlarang dan diharamkan dalam Islam.

Di dalam Al Qur’an Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (an-Nisa’: ayat 48).

Firman Allah lagi yang maksudnya "Janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat yang demikian itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang yang zalim" (Yunus:106).

Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya," Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu tertolak".

)

Dan tindakan syirik mereka ini telah turut menimbulkan kemarahan Ustaz Fathul Bari...

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu. 
"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi. 
"Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini. 
Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang. 
Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut ~ Sinar Harian

Rasanya dulu JAKIM pernah keluarkan kenyataan mengatakan apa yang dilakukan oleh mamat ini haram, salah, syirik, khurafat dan tahyul..

Tapi setakat keluar kenyataan sajalaaaa... sebabnya tengok gambar-gambar di bawah ni...


Dia penyokong kuat UMNO, mungkin Ahli UMNO... jadi buat apapun tak apa....

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive