Malaysia dah jadi 'Ma Lie sia'.. Media China selar Malaysia beri maklumat ‘bercanggah’ tentang MH370


Kerana maklumat tentang MH370 yang dibekalkan langsung tak konsisten sebuah akhbar Hong Kong telah menggantikan nama Malaysia dengan Ma 'Lie' sia...

Aku kurang pasti apa maksudnya tapi ada yang terjemahkannya sebagai Malaysia penipu besar.. tapi walauapapun terjemahan yang sebenar ianya tetap mencalarkan imej Malaysia.

Tambahan pula gambar Najib turut diletakkan disebelah perkataan 'Lie' itu.. sudah pasti maksudnya ialah Najib pembohong... ha..ha..ha...

Selain itu kebanyakkan media Utama negara China turut membidas pentadbiran Najib yang memberikan maklumat yang langsung tidak konsisten dalam isu MH370 ini..

China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin ‘sengaja’ dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing. 
Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak. 
“Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu. 
“Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia,” katanya. 
Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas. 
“Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas,” lapor China Daily. 
Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia “hilang autoriti dan kredibiliti” kerana maklum balasnya yang kelam-kabut. 
“Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin. 
“Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa,” tulis Yao. 
Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia. 
“Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?” 
“Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan,” tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia. 
Posting lain ialah:”Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan.” 
Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:”Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat.” 
Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:”Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini.” – AFP


Sekarang.. hampir seluruh dunia sudah hilang kepercayaan dengan cara pentadbiran Najib menangani krisis MH370 ini..

Kalau aku yang kutuk, macai mungkin akan berkata.. "Apa saja yang Najib buat, semuanya tak kena dimata penyokong PR ni...

Tapi ini dunia yang kutuk Najib.. sebab dia lemah dan lembab dalam menangani krisis ni..

Tapi aku tak hairan... krisis banjir pun tunggang langgang Najib handle.. inikan pulak krisis yang melibatkan dunia...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive