‘God loves you more daddy ... God loves them more.’ tulis Maira Elizabeth Nari


Sejak 17 hari lalu, remaja Maira Elizabeth Nari kekal tabah, dengan tweet dihantar kepada bapanya betapa dia merinduinya, menantikan keputusan sijil SPM dan kemenangan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool.

Malam ini, selepas diumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 menamatkan penerbangannya di tengah Lautan Hindi jauh dari daratan, Maira memuat naik tweet: "saya tidak tahu nak kata apa :')"

Remaja itu kelihatan tabah. Tweet yang berikutnya, sekitar tiga minit kemudian: "Tuhan lebih sayangkan ayah... Tuhan lebih sayangkan mereka."


Maira merupakan anak kepada Ketua Pramugara Andrew Nari (gambar bawah) yang menaiki pesawat berkenaan.


Di Beijing, jeritan dan tangisan kedengaran daripada bilik di Hotel Lido apabila keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 berkumpul bagi taklimat berkenaan nasib pesawat tersebut.

Laporan media berkata salah seorang anggota keluarga pengsan selepas pegawai dari MAS mengumumkan berita itu kepada mereka.

Laporan lain turut menunjukkan gambar jumlah pengusung yang begitu banyak dibawa masuk ke dalam hotel.

Wakil Daily Telegraph di Beijing melaporkan kehadiran polis di hotel semakin ramai dan lebih ramai di bawa masuk untuk mengawal keadaan.

"Salah seorang anggota keluarga keluar dari bilik taklimat dalam keadaan menangis dan kemudiannya jatuh di eskalator," lapor akhbar berkenaan.

Wakil ABC News Asia Gloria Riviera dalam Tweetnya: "No, no, no!, perkataan sedih yang keluar di Hotel Lido selepas 17 hari menanti dengan penuh harapan."

"Situasi yang amat menyedihkan di sini. Tangisan, keliru, marah," lapor wakil Sky News Jonathan Samuels dari Lido Hotel.

Di Putrajaya, keluarga jurutera penerbangan Mohd Khairul Amri Selamat turut dilihat menangis apabila mendengar berita itu.

Bapa kepada Khairul, yang kebiasaanya ceria, Selamat Omar yang turut menjadi ikon kepada media di Putrajaya tidak dapat menahan sebaknya dan meminta media tidak mengganggunya kerana beliau ingin bersendiri.

Maira dan Selamat adalah antara dua anggota keluarga yang menyuarakan kesedihan mereka dan berharap sejak penantian selama 17 hari itu.

Maira menerima perhatian dunia sejurus pesawat berkenaan hilang dengan tweet menyentuh perasaan berkenaan rasa rindu kepada ayahnya.

Dia terus memuat naik tweet kepada ayahnya berharap pesawat Andrew akan ditemui. Beberapa tweetnya seperti berikut:

"Tuhan... saya hanya mahukan ayah saya... tiada perkara lain, pulangkan ayah. saya mahu ayah saya."

"Ayah. Ayah di semua berita dan akhbar. Pulang cepat, nanti ayah dapat baca semuanya! Ayah tak rasa terujakah?"

"Ayah. Sudah hampir 48 jam. Jangan lupa makan malam. Ayah mesti kelaparan."

"Pulanglah cepat, ayah... itu sahaja saya mahu."

Dia turut memuat naik tweet sekitar jam 2 pagi: "selalunya pada masa ini, sebelum ayah suruh saya tidur, dia akan kata 'jangan tidur lambat sangat, okay."

Maira turut mendapat perhatian penyokong kelab Liverpool apabila dia memuat naik tweet: "Ayah, Liverpool menang. Balik rumah, ayah boleh tengok perlawanan! Ayah tidak pernah terlepas perlawanan. Ini kali pertama. :')" Minggu lalu, ketika Liverpool menewaskan Manchester United 3-0.

Maira menggunakan laman Twitter dengan alamat @@Gorgxous.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyeru supaya keluarga penumpang diberikan privasi dan dihormati.

"Ketika tempoh-tempoh sedih seperti ini, saya menyeru orang ramai untuk memberikan ruang dan menghormati privasi mereka.

“Perkataan tidak mampu menjelaskan perasaan saya malam ini tapi saya berjanji terutamanya kepada keluarga penumpang dan kru, pencarian akan diteruskan," kata Hishamuddin melalui laman Twitter miliknya, @HishammuddinH20 lewat malam Isnin.

Beliau menambah: "saya memahami tiada perkataan mampu menenangkan keluarga penumpang #MH370. Seluruh dunia bersama anda melalui saat-saat sukar ini."

Tepat jam 10 malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penyiasat insiden nahas udara British, Cawangan Siasatan Nahas Udara menyimpulkan penerbangan MH370 tamat di selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri itu menambah lokasi terakhir pesawat itu adalah kawasan pedalaman dan jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.

MH370, hilang selama 17 hari daripada radar Malaysia pada jam 2.15 pagi, 8 Mac selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal ~ The Malaysian Insider

TAPI... Ada jugak manusia seperti kat bawah ni?.. manusia atau apa ni?



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive