Gara-gara enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar MH370, Najib dilabel sebagai PM Cap Ayam..


Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.

Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu.

Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu.

“Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Syed Rosli bertanya adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau?

“Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia,” cadang beliau.

Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia ~ Free Malaysia Today


Beza Malaysia Dan Australia Menghargai Parlimen

Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.

Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.

Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.

Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.

Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.

Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.

Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.

Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan.

Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.

Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza.

Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.

Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?

Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.

Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.

Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. -shahbuddindotcom

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive