Data dari Malaysia dedahkan pesawat terbang 4 jam lagi, bukan dari Rolls Royce, lapor Washington Post


Dalam sidang media semalam.. sepupu Najib, Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media asing berhubung data enjin pesawat Boeing 777-200 yang mendakwa pesawat itu terbang empat jam selepas hilang dari radar.

Katanya "Saya nak jelaskan mengenai laporan media berhubung data enjin pesawat dan MAS telah sahkan sebentar tadi bahawa ia tidak tepat.

"Kali terakhir enjin dikesan adalah pada 1.07 pagi (Sabtu) yang menunjukkan bahawa semuanya normal," katanya.

"Rolls-Royce dan pengeluar Boeing bekerjasama dengan MAS serta pasukan penyiasat sejak Ahad lalu. Isu ini tak pernah dibangkitkan.

"Bila ada maklumat baru, mereka berkolaborasi. Berhubung laporan ini, MAS telah dapatkan maklumat terperinci dari Rolls-Royce dan pasukan Boeing tentang data itu. Mereka mengesahkan laporan itu tidak tepat," katanya.

Dan kata-kata Hishamuddin itu disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya. "Berdasarkan rekod kami, 'last transmission' adalah 1.07 pagi, Ia tidak terbang melebihi tempoh itu," katanya.

Malangnya... entah buat yang keberapa kali akupun kurang pasti.. apa yang dikatakan oleh sepupu Najib itu telah bercanggah dengan apa yang di dedahkan oleh pihak Amerika..

Dengan data yang dibekalkan oleh pihak berkuasa Malaysia itu sendiri Amerika telah menggerakkan pasukan SAR nya ke Lautan Hindi..

Ini laporannya...

Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini. 
Dengan “maklumat terbaru” belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat. 
Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut. Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, data menunjukkan enjin pesawat terus hidup empat jam selepas komunikasi terputus diterima daripada Pusat Komunikasi dan Pelaporan Sistem, Pesawat (ACARS), kemungkinan pesawat menghubungi melalui radio atau isyarat satelit. 
Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS. 
Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan. 
Akhbar itu kemudian membetulkan laporannya dan berkata ia berdasarkan kepada data satelit, bukan isyarat daripada sistem pemantau yang dipasang di enjin Rolls-Royce pesawat itu. Putrajaya menafikan laporan awal itu. 
Perkembangan itu datang ketika kerajaan Malaysia mengakui ada perkembangan sedikit dalam menyelesaikan misteri pesawat yang lesap itu. 
Pegawai AS hari ini berkata, mereka tidak tahu arah pesawat itu terbang – atau sama ada ia hanya membuat bulatan – sepanjang kira-kira empat jam penerbangan itu atau sama ada mereka memang berada di udara atau tidak. 
Tetapi, tambahan waktu penerbangan itu mungkin membolehkan pesawat itu berada di Lautan Hindi, menyebabkan pegawai AS mempertimbangkan meluaskan pencarian ke kawasan itu. 
Seorang pegawai yang bercakap dengan syarat nama dirahsiakan itu berkata butiran terperinci siasatan berkenaan akan dibincangkan, kata akhbar itu ~ The Malaysian Insider

Persoalannya ialah jika data itu dikatakan tidak tepat oleh Hishamuddin mengapa pula ianya dibekalkan kepada pihak Amerika?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive