Macam macai jugak rupanya calon BN di Kajang ni.. tengok apa dia kata pasal ‘Future Music Festival Asia'


Selama ini aku sangka hanya macai-macai yang bodoh dalam UMNO/BN tu... rupanya pemimpin yang dilantik merekapun sama..

Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan telah meragut enam nyawa termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas.. 

Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna. 

Dianjur oleh Livescape Asia milik anak kroni UMNO dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia..

Dilancarkan oleh Menteri Pelancongan yang juga pemimpin UMNO/BN, Nazri Aziz..


Disokong pula sepenuhnya oleh Sekretariat Visit Malaysia 2014 di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan..

Sebab Pengurus Besar Sekretariat Visit MY, Nor Yahati Awang kata "Tapi kita sokong because event ni sebenarnya VERY GOOD FOR VISIT MALAYSIA sebab ramai pelancong yang datang..."

Dia nak salahkan Pakatan Rakyat pula...

The Malay Mail

Lepas ni salahkan Anwar Ibrahim pulak laaa...


Teng Chang Kim gesa calon MCA belajar geografi

Exco Selangor, Datuk Teng Chang Kim menggesa calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun mempelajari geografi terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan negeri sebagai punca kematian enam remaja di konsert baru-baru ini.

Naib Pengerusi DAP Selangor itu pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam berkata tuduhan calon Barisan Nasional (BN) tersebut tidak berasas sama sekali.

"Saya rasa Chew Mei Fun kena belajar geografi, Bukit Jalil tidak berada dalam Selangor tapi di bawah Kuala Lumpur," kata Teng membidas naib presiden MCA tersebut yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Chew sebelum ini mengaitkan kematian enam remaja kerana pengambilan dadah berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Beliau mendakwa kematian tersebut berpunca daripada peningkatan rumah urut dan kafe siber haram di negeri Selangor.

Teng menggesa Chew supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan sedemikian.

"Kelulusan konsert tersebut tidak diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, tetapi DBKL yang luluskan.

"Semak fakta dahulu," kata Teng lapor The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive