Bekas Timbalan Menteri UMNO sertai PKR..


Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar secara terbuka memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Beliau juga meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan memastikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menang dengan majoriti lebih besar.

“Saya kenal lama dengan Dr Wan Azizah. Saya sokong Wan Azizah untuk menang di Kajang. Baik, berakhlak orangnya. Orang Kajang bernasih baik dapat calon seperti Dr Wan Azizah.

“Saya yakin pengundi Kajang akan membuat keputusan bijak dengan memilih Dr Wan Azizah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang,” kata bekas Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor itu.

Beliau yang pertama kali berucap di pentas Pakatan Rakyat berkata demikian depan lebih 3,000 pengunjung Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi.

Mohd Shariff hadir ke program anjuran Kerajaan Selangor dan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang berlangsung 7 hingga 22 Mac itu bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor antara 1999 hingga 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sokongan itu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) yang cuba merampas kerusi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Apatah lagi, beberapa pemimpin akar umbi Umno termasuk jentera parti PRK Kajang turut mengisytihar menyertai PKR pada program berkenaan.

Mereka ialah timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita dari Umno Cawangan Sungai Kantan Peringkat Tiga, selain bekas Ketua Umno Cawangan Batu 9, Cheras beserta 80 penyokong mereka.

Ketua Belia Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Ketua Beliau Taman Sri Minang turut berbuat demikian sebelum Anwar mengaluingi mereka mafla PKR.

Mengikut penganjur, lebih ramai orang Umno bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebagai tanda sokongan kepada Dr Wan Azizah.

~ SelangorKu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive