MH370 : Astro Awani kena tipu dengan budak-budak...


Pemilik akaun twitter yang menggunakan nama 'Jasmine Johari' hari ini dipercayai telah menipu orang ramai dengan mendakwa diri sebagai anak kepada salah seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang.



Insiden ini menjadi perbualan di laman sosian apabila Astro Awani turut dikatakan tertipu dengan akaun palsu milik Jasmine yang sering memuatnaikkan status yang bernada sedih dengan kehilangan ibunya.


Memetik laporan tengoktvonline.blogspot.com, Jasmine kini telah menubuhkan satu akaun twitter bagi tujuan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Antara tweet yang telah dikatakan oleh Jasmine ialah :


Gambar yang digunakan oleh Jasmine merupakan gambar seorang gadis Filipina. Tindakan Jasmine ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia tatkala kini sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 dari Kuala umpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu lepas.

Sabtu lalu, Astro Awani turut mendapat kritikan oleh orang ramai di laman sosial kerana melaporkan pesawat MH370 telah mendarat cemas di Nanning, China.

Laporan itu telah dinafikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

~ Rakyat News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive