Yang kat Komtar tu.. Bangga ke bila dah jadi sampai macam ni?


Sanggup mengenepikan perasaan malu semata-mata untuk merayu simpati semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan masalah mereka atau ia diberi perhatian segera.

Itu yang dilakukan secara spontan oleh Mohd Fairul Ilias, 33, apabila dilihat melutut kepada wakil kerajaan negeri semasa menyertai perhimpunan bakal pembeli aras tiga Komtar, Khamis lalu.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana mahu masalah kenaikan harga rumah dihadapi kira-kira 100 pembeli pangsapuri kos sederhana rendah Centrio Avenue di Bukit Gambir mendapat pembelaan sewajarnya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, walaupun pelbagai aduan dan laporan dibuat termasuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun pihak yang berkaitan dilihat seperti lepas tangan kerana sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

“Saya seolah-olah putus asa apabila memikirkan masalah ini tetapi masih mendapat kekuatan dengan dorongan rakan lain.

“Apabila keluar gambar saya melulut dalam akhbar, ramai yang memberi komen negatif dalam laman sosial iaitu Facebook saya kononnnya saya hanya berlakon untuk meraih simpati, tetapi saya tidak kisah dan menganggapnya sebagai satu kekuatan untuk terus mengharungi perjuangan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Namun begitu, dia bersyukur kerana masih ramai yang terus memberi sokongan dan dorongan kepadanya agar meneruskan perjuangannya bersama bakal pembeli lain untuk mendapatkan hak mereka.

Mohd Fairul yang mendaftar dengan bahagian perumahan kerajaan negeri untuk memiliki rumah kos rendah sejak 10 tahun lalu begitu gembira apabila menerima surat tawaran rumah penghujung tahun lalu.

Menurutnya, tidak dapat digambarkan perasaannya apabila penantian lebih 10 tahun berbaloi apabila ditawarkan rumah berkenaan.

“Kebetulan ketika itu saya baharu sahaja menimang cahaya mata dan saya menganggap rezeki itu (tawaran rumah) sebagai rezeki anak. Memang dah lama saya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri.

“Namun apabila mengetahui pemaju menaikkan harga rumah berkenaan dari RM 72,500 kepada RM160,000, saya rasa amat kecewa dan impian untuk memiliki rumah sendiri mungkin tidak kesampaian kerana memang tidak mampu untuk membelinya,” katanya.

Mohd Fairul berkata, sejak mengetahui harga rumah berkenaan dinaikkan harga atas alasan ubah suai yang dilakukan pihak pemaju, dia kembali merujuk perkara itu kepada kerajaan negeri namun sehingga kini belum ada jaminan yang diberikan.

“Saya berharap masalah ini selesai dengan segera agar anak tempatan dapat memiliki rumah sendiri,” katanya ~ Sinar Harian

Laporan sebelum ini sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive