Waythamoorthy serah surat letak jawatan petang tadi..


Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini. Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang.

“Dalam surat peletakan jawatan itu, dijelaskan sebab-sebab kenapa beliau mahu melepaskan jawatannya dalam pentadbiran sekarang,” kata Ramesh.

Kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada jawatan senator yang disandang Waythamoorthy turut dilepaskan.

Sebelum ini, Sin Chew Daily yang turut memetik Ramsesh melaporkan, Waythamoorthy juga menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai senator kepada Dewan Negara hari ini.

Dua hari lepas, PHM mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan Waythamoorthy akan meletakkan jawatan kerajaan berkuat kuasa hari ini ~ Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive