Waytha Moorthy letak jawatan tapi tak serah surat letak jawatan.. Sandiwara apa ni?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak tahu mengenai peletakan jawatan P Waytha Moorthy seperti dilaporkan media hujung minggu lalu.

Shahidan berkata, beliau tidak menerima sebarang surat rasmi peletakan jawatan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi Hindraf itu.

"Saya tidak tahu, saya belum terima apa-apa lagi.

"Nak komen macam mana kalau saya tidak tahu," katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada peletakan jawatan Waytha.

Sabtu lalu, Setiausaha Hindraf, P Ramesh dilaporkan The Star berkata, Waytha akan meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Shahidan ketika dihubungi memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tidak dapat memberi komen lebih lanjut mengenai isu peletakan jawatan tersebut.

"Saya ada perjumpaan dengan perdana menteri hari ini, tunggu sahajalah," katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai peletakan jawatan pemimpin Hindraf tersebut.

"Ini bukan satu perkara besar kepada saya. Saya tidak terima sebarang surat ataupun panggilan telefon," kata Abu Zahar ketika ditemui di Parlimen.

Waytha Moorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu.

Pelantikan beliau dilihat sebagai ganjaran kerana kejayaan mengembalikan semula sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, Waytha Moorthy sejak pada awal lagi dilihat sukar untuk bekerja dengan pemimpin BN khususnya Umno, perbezaan pendiriannya dengan pemimpin dalam pentadbiran Najib menjadi batu penghalang usahanya untuk bekerjasama.

Sejak awal lagi bibit ketegangan kelihatan, Waytha Moorthy menerima tamparan pertama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memintanya supaya meletakkan jawatan kerana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa polis.

Kurang tiga minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Waytha menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan BN.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive