TV3 Kantoi lagi!!.. Kali ini siar video lama bantuan banjir di Sabah pulak..


Stesyen televisyen swasta kawalan Umno, TV3 didakwa ‘menipu’ dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama malam semalam.

Dalam laporan itu memaparkan Umno melalui Pemuda Umno Tenom merupakan antara pihak terawal yang menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Bagaimanapun Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.

“Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.

“TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom,” kata Fariz ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.

Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum.

Beliau juga mendakwa, penipuan ini bukan pertama kali apabila pada 2011, Jingga13 pernah membuat satu laporan polis terhadap laporan pembohongan TV3 berhubung isu murtad.

Semalam, isu TV3 didakwa menggunakan visual lama untuk laporan bantuan banjir ini menjadi perhatian ramai di laman sosial Facebook dengan pelbagai kecaman dan sindiran para pengguna laman sosial itu.

Rata-rata menganggap perkara ini sekiranya benar-benar berlaku, bukan sahaja memalukan malah satu penghinaan dan mempermainkan mangsa banjir di Tenom yang sedang mengharapkan bantuan dari semua pihak.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan rasmi daripada agensi media itu berhubung perkara itu ~ Selangorkini

 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive