Selepas Skandal NFC, muncul pula Skandal 1Azam yang melibatkan RM690 Juta..


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

1azam“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya.

Sebelum ini Keadilandaily juga telah melaporkan..

KUALA LUMPUR 4 FEB : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Kata Rafizi, aduan penipuan diterimanya sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara.

Sebagai contoh katanya, jika tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000, harga sebenar adalah RM2,500.

“Beza RM2,500 dari tuntutan dibahagikan diantara beberapa orang yang terlibat.

“Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah dari yang tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan di antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Manakala cara kedua penipuan dibuat menurut Rafizi apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

“Namun saya berasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk terbabit di dalam pelaksanaan skim 1Azam,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehinya.

“Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil,” kata Rafizi.

Kata Rafizi, wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

“SPRM dah kumpul data, tapi sembunyi dari orang awam. “Nampaknya kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengayakan beberapa orang,” tegas Rafizi.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive