Janji tak ditepati.. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang


Apabila kita menulis, bercakap, berdiskusi dan menyelidik mengenai perjuangan orang Melayu, maka kita akan mendapati beratus-ratus pemuda Melayu yang telah bekerja sebagai Polis Khas – special constable (SC) -, menjaga segenap tempat dari serangan pengganas komunis.

Di antaranya, ladang getah dan lombong bijih. Mereka itu dibawah pimpinan pegawai-pegawai bangsa Yahudi yang bergelar Tuan Palestin.

Ramai anggota polis khas yang telah terkorban, mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan, tidak mendapat apa-apa habuan atau hadiah kerana pengorbanan mereka.

Tetapi sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Siam, Kerajaan Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) selesai diadakan di Thailand, maka Kerajaan Malaysia dengan ihsan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri masing-masing menunai fardu haji di Mekah.

Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang antarabangsa Bangkok, Thailand.. baca di SINI

Di bawah pimpinan Abdullah CD, Chin Peng dan Rashid Mydin, dari Parti Komunis Malaya serta suku sakat mereka berjumlah ribuan orang tinggal dengan selesa di empat buah perkampungan baru secara kelompok di Chulaborn, Sukhirin , Daerah Weng, Selatan Thailand yang hanya bersebelahan tenggara Grik Perak.

Pada tahun 1989, semasa perjanjian perletakan senjata, perjuangan mereka telah mendapat penghargaan oleh Kerajaan Thailand dengan memberikan kerakyatan Thai melalui perjanjian Damai Hatyai dan dianugerahkan pemilikan tanah secara kelompok.

Bekas Komunis ini ditatang bagai minyak yang penuh dan menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari ribuan bekas tentera yang memerangi mereka dahulu.

‘’Kera di hutan di susukan; Anak di rumah mati kelaparan’’, yang membawa maksud yang sama apabila Komunis mendapat pembelaan; tentera kita merempat dibiarkan bergelandangan? .. baca di SINI

Dimana letaknya harga diri pejuang Negara disisi kerajaan dan rakyat negara ini?

Mengapakah pejuang agama, bangsa dan tanah air di pinggirkan dan dibiar merana di negara sendiri?

Baca ni..

Beratus keluarga bekas pengakap bakal diusir

Beratus keluarga bekas anggota pengakap sempadan yang ditubuhkan untuk mempertahankan gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada 1962 kini berhadapan dengan ancaman diusir dari petempatan mereka kerana kawasan hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wakil mereka Saidi Jaimin berkata, pesara pengakap sempadan dan keluarga kini makin risau penempatan mereka sekarang di atas tanah Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau dikatakan sedang diambil alih oleh pihak PDRM.

Saidi, 64, selaku Presiden Penaja Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap Sempadan Sabah (PPPSS) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya mengiktiraf sumbangan pengakap sempadan yang telah turut bermandi darah berjuang untuk negara.

“Kami berterima kasih kepada apa jua bantuan kerajaan kepada anggota kami sebelum ini, namun tapak tanah untuk keluarga pesara-pesara pengakap sempadan dan balu-balu serta anak mereka amatlah penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga kami,” katanya ketika dihubungi selepas FMT melihat keluhan-keluhan anggota pengakap sempadan termasuk di satu blog pro-mereka.

Saidi menyertai pasukan pengakap sempadan pada tahun 1966 sehingga 1976 dan kemudian menyertai PDRM.

Beliau pernah terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh di Kalabakan sepanjang konfrontasi (1962-1966) dan pernah dipanggil bertugas di Kuala Lumpur ketika berlaku kekacauan Peristiwa 13 Mei 1969.

Saidi yang juga pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ranau, kini berada di ibu negara bersama beberapa rakannya dalam PPPSS dalam usaha mereka mendapat sokongan mendapatkan tapak tanah kerajaan seluar 46 ekar terletak kira-kira empat kilometer dari bandar Keningau.

Menurut Saidi pada satu masa terdapat lebih 650 anggota pengakap sempadan tetapi kini hanya kira-kira 300 yang masih hidup, sementara yang lain tinggal balu dan anak-anak mereka.

Katanya yang masih tinggal di bekas kuarters polis hutan yang sudah terlalu usang dengan tandas rosak sekarang ada lebih 300 orang dari 102 keluarga.

Dianggarkan ada sekitar 10,000 orang berasal dari keluarga pengakap sempadan berada di sekitar pedalaman iaitu Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Kebanyakan mereka terbiar dan yang masih tinggal di penempatan kini bimbang kerana papan tanda dan notis larangan telah dipasangkan, malahan sudah ada pihak-pihak yang cuba menghalau dan menakut-nakutkan mereka.

Kebanyakan anggota Pengakap Sempadan ini dulu tidak mempunyai rumah atau tanah, dan sebahagian besarnya kembali ke rumah orang tua masing-masing apabila mereka bersara dari khidmat.

Janji tidak ditepati?


Kini ramai mereka sudah tua dan uzur memerlukan bantuan serta jarak dekat dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, bagaimanapun mereka tidak mampu membeli rumah, kata Saidi.

Dipercayai kawasan yang mereka diami sekarang dirancang diambil semula oleh kerajaan untuk pembinaan penempatan tambahan kepada anggota polis.

“Mereka ingin mengambil tempat ini sedangkan dahulu kami memang dijanjikan untuk diberikan kawasan khas untuk pengakap sempadan. Kawasan baru yang telah dibina untuk kediaman polis sehingga sekarang pun belum penuh diisi, kini mereka mahu ambil pula kawasan kami. Apakah niat mereka sebenar ini,?” kata seorang anak bekas anggota pengakap sempadan itu.

FMT juga telah melihat satu surat yang ditanda tangani Setiauaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Mohammad Ammir Haron pada 6 Mac 2013 untuk Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar, supaya menimbang perkara permohonan anggota-anggota pengakap sempadan terhadap kawasan 46 ekar yang mereka sedang duduki sekarang.

Ismail kini Duta Besar Malaysia ke Perancis, dan para pejuang pengakap sempadan masih bergelut untuk mendapatkan pembelaan terhadap nasib mereka.

Atas kesedaran itu, baru-baru ini lebih 50 orang pesara pengakap sempadan Sabah telah berkumpul di bekas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di sini untuk menubuhkan PPPSS.

Saidi yang turut hadir dalam pertemuan itu, berkata mereka sedang mengurus pendaftaran PPPSS di Pejabat Pendaftar Perrtubuhan (ROS) Kuala Lumpur bagi memperjuangkan keluarga pejuang negeri.

Pengakap sempadan Sabah asalnya ditubuhkan khas sebagai satu unit tentera British Borneo dan anggota-anggotanya diambil dari penduduk kawasan sepanjang sempadan Sabah (ketika itu Borneo Utara) dengan Indonesia.

Sebahagian besar anggotanya adalah dari kaum Murut, Lundayeh dan juga Dusun serta Iban di kawasan Kalabakan.

Mereka ini berjuang bersama unit tentera Gurkha British dan mendapat latihan termasuk oleh pegawai tentera orang Asli Semenanjung yang dikenali sebagai Senoi Praq ~ Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive