Isu PKNS pecat pekerja: Ini penjelasan dari PKNS.. bacalah!


Penamatan kontrak 30 Kakitangan PKNS baru-baru ini telah digunakan sebaiknya oleh media-media tunggangan UMNO untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Rakyat Selangor. 

Ianya telah dipolitikkan mereka dengan bergai cara yang mana akhirnya menyerlahkan buruknya cara TS Khalid mentadbir Selangor. 

Benarkah apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggang UMNO itu?

Berikut adalah Kenyataan Media dari Pengurus Perhubungan Awam PKNS sendiri mengenai perkara ini..

Kenyataan Media 
PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI SUMBER MANUSIA PKNS UTAMAKAN PERKHIDMATAN CEKAP DAN "VALUE FOR MONEY" 
5 FEB 2014

 
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulangkan semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu. 
Keputusan tersebut dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money". 
Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa Bahagian baharu di PKNS antaranya Pemasaran, Pembangunan Bisnes, Strategi & Media, Pelaburan; dan Pengurusan Organisasi & Integriti. 
Walaubagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS. 
Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing. 
ISHAK HASHIM
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
BAGI PIHAK PENGURUSAN PKNS 

 ------------------------ 


Apa yang kebanyakkan media tidak laporkan menurut Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa mengenai isi ini ialah..

1. Mereka adalah pekerja kontrak. Tamat september 2014. Mereka bukan pekerja tetap pkns. Gaji mereka tiga kali ganda dari gaji staf biasa pkns. Untuk yang dua tahun bekerja, gaji mereka mencecah RM15, 000 sebulan.

2. Kontrak mereka ditamatkan awal dan mereka diberi compensation sebulan/dua bulan gaji mengikut perjanjian masing2.

3. Ia proses biasa dan tiada unsur2 salah laku. Mereka boleh ambil tindakan undang2 jika tidak berpuashati dengan prosidur berkenaan.

Sementara itu Free Malaysia Today melaporkan..

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui tindakan menamatkan khidmat 22 pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menjimatkan kos perbelanjaan negeri.

Abdul Khalid berkata, dengan penamatan jumlah pekerja tersebut, PKNS dapat menjimatkan kos operasi sebanyak RM7juta setahun.

“Ini menunjukkan PKNS selama ini berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini hari ini.

Khalid turut mendedahkan, wujud aduan daripada ‘whistle blower’ yang sangsi dengan sesetengah pegawai kontrak yang diambil bekerja bukan melalui temuduga terbuka.

Sebaliknya melalui sokongan tertentu daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNS, sekaligus menyekat peluang kira-kira 200 pegawai dan 1,500 kakitangan awam itu sendiri yang mahu naik pangkat.

Malah berlakunya pertindihan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

“Ada dua pegawai yang buat tugasan sama di pejabat.

“Jadi ada staf mengadu ada atau tak ada (pegawai kontrak) sama saja,” katanya.

Semalam, kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang ditamatkan kontrak tidak berpuas hati apabila merasakan mereka dibuang tanpa diberikan alasan kukuh sedangkan tempoh kontrak mereka masih panjang.

Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Dr Alif Aiman berkata, tindakan itu tidak beretika apabila mereka diberi taklimat berhenti serta-merta pada 4 Februari lalu sedangkan surat penamatan mereka sudah ditandatangani sehari sebelumnya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan meneliti tindakan yang akan diambil terhadap PKNS selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Penerangan Pekerja, dan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC).

Abdul Khalid bagaimanapun dalam responnya berkata, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

“Penamatan kontrak itu perkara biasa, berlaku dimana-mana bukan saja di PKNS malah di syarikat dan organisasi lain.

“Kalau saya kejam takkanlah ada sesetengah pegawai itu yang dapat ganti rugi melebihi RM60,000.

“Jumlah itu dah dinyatakan dalam perjanjian dan PKNS mesti ikut,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada isu ini berkaitan dengan krisis bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS yangjuga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Khalid bagaimanapun menafikannya.

“Setakat ini tiada kaitan. Kalau ada kaitan dengan Azmin kita akan siasat.

“Kalau tiada kaitan kita akan siasat juga,” katanya.

Beliau turut menepis dakwaan ia cubaan untuk mensabotaj Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan mencalarkan imej pentadbiran negeri Pakatan Rakyat.

“Sabotaj? Itu karut. Saya ni Pengarah PRK Kajang, kalau saya nak sabotaj maknanya saya sabotaj diri sendiri,” katanya tergelak.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive