Harga Getah Turun Lagi... Terima kasihlah Najib..


Pertengahan bulan Januari lalu harga getah dilaporkan berada pada RM2.90 bagi setiap Kilogram dan ianya menyebabkan kehidupan rakyat marhaen yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan terhimpit.

Ditambah pula dengan kenaikkan harga kebanyakkan barangan asas yang disumbang oleh kenaikkan tariff elektrik dan juga kenaikkan harga petrol rentetan dari kegagalan Kerajaan BN mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik.

Hari ini dilaporkan pula harga getah semakin menjunam dari RM2.90 sekilo pada hujung Januari ianya telah merudum sehingga RM2.50.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, bersamalah kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib... sebabnya bukan saja harga kangkung malah harga getah juga semakin turun...

Laporan berkaitan...

BALING - Rata-rata penoreh getah makin terhimpit berikutan harga getah semakin merudum sehingga RM2.50 berbanding RM2.80 sebelum ini. 
Pengerusi Biro Pertanian Umno Baling, Mohd Taufik Yaakub berkata, pihaknya menerima banyak keluhan dari penoreh getah mengenai keadaan itu. 
Menurutnya, lebih daripada 50 peratus penduduk di daerah ini menjalankan aktiviti pertanian dan kebanyakannya adalah melibatkan pertanian getah. 
“Kita hanya mampu berharap harga getah naik kerana tiada harga siling yang ditetapkan untuk tanaman ini. 
“Tambahan pula, harga kini semakin merudum sehingga paras RM2.50 sekilogram berbanding RM2.80 sebelum ini. 
“Harga ini amat rendah terutama kepada mereka perlu membahagikan wang hasil getah kepada tuan tanah,” katanya. 
Katanya, selain getah, barang pertanian melibatkan baja juga telah naik mendadak sehingga ada kenaikan 100 peratus. 
“Secara tidak langsung ia akan menjejaskan pengeluaran produk pertanian kerana melibatkan modal yang tinggi dari petani,” katanya. 
Ditanya apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini, Taufik berkata, pihaknya hanya boleh mencadangkan mekanisme kepada menteri berkaitan untuk tindakan lanjut. 
“Kita tidak ada kuasa untuk membantu dari segi meningkatkan harga getah, tetapi kita akan memberikan cadangan kepada menteri berkaitan untuk membantu rakyat yang mengusahakan pertanian,” katanya. 
Menurutnya, dia perlu menjelaskan perkara sebenar terutama melibatkan keluhan penduduk melibatkan harga getah ini. 
“Sehubungan itu, satu mekanisme wajar dilakukan oleh kerajaan untuk kebaikan penduduk kampung,” katanya ~ Sinar Harian

Bukan apa... kalau tak ucap terima kasih nanti Najib ungkit pula kenapa rakyat tak berterima kasih macam kat SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive