Rakyat dah demo sampai Komtar baru EXCO nak bersuara?


Semalam satu demo telah diadakan dipintu masuk pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Komtar, Pulau Pinang oleh kira-kira 10 orang yang mewakili kumpulan pembeli pangsapuri Centrio Avenue.

Mereka berkumpul bagi menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri campur tangan mewakili mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemaju.

Mereka tidak berpuas hati kerana merasakan diri mereka telah ditipu oleh pemaju. Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka ialah RM72,500 tetapi apabila surat tawaran yang diterima itu diajukan kepada pemaju untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran harga sebenar bukanlah RM72,500 tetapi RM165,500.


Difahamkan, kesemua mereka tidak berpuas hati dengan pemaju pangsapuri Centrio Avenue yang menawarkan pengubahsuaian pada rumah berkenaan dengan harga yang tinggi tanpa mendapat persetujuan mereka dengan kos kos RM59,000 serta mengenakan caj lot meletak kereta sehingga RM30,000.

Dan perkara ini telah dikemukakan kepada EXCO berkenaan sejak dari December tahun lepas lagi.. bukan sekali tapi dah berkali-kali, tapi cubaan mereka untuk bertemu EXCO gagal kerana EXCO berkenaan sibuk melampau..

Mereka juga sebelum ini pernah berkumpul dipintu masuk Dewan Undangan Negeri untuk meminta bantuan dari wakil kerajaan.. tapi macam biasalah.. pilihanraya kan lambat lagi..

EXCO tak kelihatan yang datang cuma Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang berjanji akan membawa masalah mereka kepada EXCO berkenaan.. laporan berkenaan sila baca di SINI

Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. oleh kerana merasakan diri mereka langsung tidak diberi perhatian yang sewajarnya maka semalam mereka mengadakan demo di Komtar untuk meminta bantuan Guan Eng..

Setelah demo diadakan semalam.. berlaku satu perkara yang ajaib..

EXCO berkenaan yang suatu masa dulu sibuk melampau tiba-tiba tampil untuk membela mereka...

Ini laporan dari Blogger Pembela Guan Eng...

Exco panggil pemaju beri tunjuk sebab  
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.  
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri. 
“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini. 
“Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.  
“Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini,” tegas Jagdeep yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang pada pagi tadi di sini.  
Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.  
Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.. 
sepenuhnya silalah baca di SINI .. klik sajalah untuk berkenalan dengan Blogger Pembela Guan Eng tu...

Oooo... dah ada tindakan rupanya, dah buat mesyuarat tertutup dengan pemaju.. tapi kenapa keputusan mesyuarat tak dimaklumkan kepada wakil pembeli yang tak puas hati tu?

Pulau Pinang kan mengamalkan CAT.. kena teluslah, nyatakan kepada mereka apa hasil mesyuarat bukannya simpan dalam laci..

Tapi persoalan utama disini, ialah perlukan segala masaalah yang menimpa rakyat dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui demo?

Perlukah warga Pulau Pinang kemukakan segala masaalah mereka kepada Guan Eng.. tapi kalau dia 'Tokong' (pinjam ayat Dr. Mansor) tak apalah jugak.. bolehlah dia tolong settle semuanya tapi Guan Eng bukan 'Tokong'.

Kenapa mereka tidak dipedulikan pada awal mereka kemukakan masaalah mereka?

Kenapa dihantar wakil yang bodoh yang berkata "Tuan perlu korbankan RM16,500 sebagai bayaran pendahuluan.." untuk berusan dengan mereka?

RM16,500 nak dikorbankan?.. Apa punya bangang mamat tu..

Laporan berkaitan mengenai perkara ini sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive