Najib keluarkan kenyataan 'Syok Sendiri' di Facebook


Mengejutkan. Ketika rakyat dilaporkan terus marah akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersyukur kononnya langkah kerajaan diterima rakyat. 

"Langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat," kata Najib dalam Facebooknya hari ini.

Namun, kenyataan Najib itu dibantah terus oleh pengikut beliau dalam Facebook itu sebaik ia disiarkan. 

Ketika berita ini ditulis, 246 orang berkongsi penyataan itu manakala 2,433 membuat komen terhadapnya yang kebanyakannya adalah negatif dan menolak penyataan itu.

Azaraie Ghazi berkata, "Anda boleh berbuat lebih dari sekadar itu."

Choi Fock Cheong pula berkata, "Pergi selesaikan masalah sita al Kitab oleh Jais" manakala Azizul Hasan pula berkata, "Dah masanya tukar PM" yang membayangkan respons negatif ke atas penyataan Najib itu.


Dalam posting hari ini, Najib juga berkata, selepas ini, kerajaan akan mengurangkan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan.

Beliau juga mengulangi komitmen untuk mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis.

Selain itu, menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan ~ The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive