PERKASA Seru Pengundi Sokong PAS Bagi Merealisasikan 16:16 ?.. Betul ke nih?

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, kedudukan 16:16 itu akan menyeimbangkan kuasa kerajaan BN negeri ini dari melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat. 

"Keadaan ini akan menamatkan penafian hak rakyat untuk menikmati kemewahan negeri ini seperti yang berlaku sekarang ini.

"Agenda ini akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di mana rakyat akan benar-benar menjadi tuan sekaligus menamatkan penindasan kepada rakyat," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di Kg. Baharu di Kuala Besut.

Sementara itu, pada sidang media sama, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, kedudukan 16:16 akan menyaksikan BN tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni tanpa sekatan oleh mana-mana pihak.

Ianya termasuk dalam soal meluluskan bajet, di mana jika berlaku kedudukan 16:16, maka BN terpaksa berunding dengan wakil Pakatan Rakyat untuk dapatkan sokongan.

Keadaan itu katanya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menegur dan menolak mana-mana perbelanjaan yang difikirkan tidak memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan. 

Menurut Dr Mariah sewaktu berceramah di Kampung Tok Saboh malam tadi pula kedudukan Umno BN hanya lebih satu kerusi berbanding PAS memerlukan PAS menghantar wakil untuk mempengaruhi segala keputusan.

"Bila 16:16 sekiranya ada perkara yang dibelah bagi sekiranya perancangan dan belanjawan yang dikemukakan kerajaan tidak menguntungkan rakyat maka 16 undi ini membantah 16 undi yang menyokong. 

"Sehingga mereka meminda belanjawan atau apa-apa perancangan yang dibuat, maka rancangan ini tidak dapat diluluskan.

"Jadi amat penting kita hantar seorang calon dari dun Kuala Besut kerana kita nak bawa suara rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Kesemua di atas adalah kata-kata dari pemimpin-pemimpin PAS mengenai agenda 16:16 di Kuala Besut, ianya bukanlah satu perkara yang menghairankan..

Kerana sebagai pemimpin mereka perlu menyedarkan rakyat akan betapa pentingnya agenda 16:16 itu dijadikan realiti.

Agenda tersebut bagaimanapun menjadi semakin menarik bilamana risalah-risalah yang menyokong agenda tersebut oleh NGO-NGO yang selama ini jelas memihak kepada UMNO/BN beredar di Kuala Besut.

Risalah yang berbunyi "REALISASIKAN Semangat Melayu Bersatu UMNO & PAS....INILAH MASANYA 16 : 16... 1 KERAJAAN...Seruan Kami NGO Melayu...PERKASA GPMS MBM PEKIDA" kini telah tersebar luas di DUN N01 Kuala Besut.


Dari bunyi risalah tersebut jelas sekali menyeru rakyat Kuala Besut menyokong padu calon PAS sehingga mencapai kemenangan.

Sehingga kini tiada penafian pun dari pihak Perkasa, GPMS, MBM dan Pekida bahawa risalah diatas bersangkut dengan mereka.

Jika benar PERKASA babit dalam mengedarkan risalah ini adakah ianya sebagai membuktikan kepada Najib akan keupayaan PERKASA dalam mempengaruhi masyarakat Melayu?

Sebelum ini telah dilaporkan akan kekecewaan dan ugutan PERKASA kerana telah dipinggirkan oleh Najib di ( SINI ) dan juga di ( SINI )..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive