Malu nak umum RM500 sebagai bonus, Najib umum sebagai 'Bayaran Bantuan Khas Kewangan'?


Orang kata.. sepertimana penggunaan ayat 'Pelarasan oleh Kerajaan' yang membawa maksud 'Kenaikkan harga', perkataan 'Bayaran Bantuan Khas Kewangan' telah digunakan bagi menggantikan perkataan 'Bonus'.

Perkataan itu digunakan bagi mengelakkan dari Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menambah jumlah bonus yang diberikan kepada seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilannya.

Sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu dengan peruntukkan RM30 juta untuk seluruh kakitangannya itu..

Kata Tan Sri Khalid ketika mengumumkan perkara itu “Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,”

Oleh itu kerana malu untuk mengumumkan RM500 sebagai bonus untuk Kakitangan Kerajaan maka Najib mengumumkannya sebagai  'Bayaran Bantuan Khas Kewangan'..

Najib umum bantuan RM500 untuk penjawat awam 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya. 

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya. 

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif. 

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun. 

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya. 

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Bersyukurlah wahai semua Kakitangan Kerajaan Pusat.. daripada tak ada lebih baik ada...Lagipun dulu Najib kata RM500 dari kerajaan ni cukup untuk belanja selama satu tahun...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive