Elaun Perjalanan yang dibayar UMNO/BN tu.. PR pun bayar lah..


Ada yang mendakwa tindakan pihak UMNO/BN membayar elaun perjalanan kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi ini sebagai bukti UMNO/BN menggunakan taktik kotor untuk menang pilihanraya..

Baca dulu apa yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini ini..

Pengundi telah dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di Kuala Besut hari ini, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Mereka dilihat di kediaman ketua kampung dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan respons daripada seseorang daripada pihak berkuasa.


Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung  'Rajees' menjawab, "Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang saya suka." 

Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya. 

Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan. 
 
Beliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan gambar diambil di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka, dengan bendera BN dan menghias pintu pagar. 

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai 'Rizal', berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas.. sepenuhnya sila baca di Malaysiakini

Ok.. Orang kata kebenaran itu pahit.. tapi perkara membayar elaun perjalanan ini mungkin ramai yang tak tahu bahawa ianya adalah perkara biasa yang dilakukan baik oleh pihak BN mahupun pihak PR..

Yang menuduh mungkin tidak pernah terlibat sebagai Jentera Pilihanraya Parti, jadi tuduhan dilempar tanpa asas sebenarnya..

Bagi yang terlibat sebagai Jentera Pilihanraya Parti tentu tahu perkara ini bukanlah satu isu untuk dipertikaikan sebenarnya..

Dalam PRU13 Mei lalu, aku terlibat sepenuhnya sebagai Jentera Pilihanraya Parti dari peringkat DUN dan juga peringkat Parlimen.

Bagi peringkat DUN, aku telah ditugaskan untuk melunaskan semua tuntutan bayaran elaun perjalanan bagi semua pengundi luar yang pulang untuk mengundi bagi DUN yang aku terlibat.

Bagaimanapun jika dibandingkan dengan bayaran yang dibuat oleh pihak UMNO/BN jumlahnya mungkin kurang sedikit dari yang dibayar UMNO/BN.

Tetapi sebagai menghargai kesanggupan mereka untuk pulang, walaupun sedikit bayaran dibuat juga.. dan peruntukan sememangnya disediakan.

Bayaran dilakukan sebaik sahaja ada tuntutan dibuat dan ianya dilakukan hingga habis kesemua pengundi luar yang berdaftar itu membuat tuntutan.

Oleh kerana aku yang membayar dengan sejumlah wang tunai yang diperuntukkan.. pada awalnya aku bayar ikut tariff.. semakin petang aku bayar ikut suka aku.. ha..ha..ha.. semakin petang semakin banyak aku bayar..

Tujuannya untuk menghabiskan semua wang yang telah disediakan buat bayaran kepada pengundi luar itu.. nak simpan buat apa? dah tujuannya untuk bayar aku bayar bagi habislah..

Bayaran dilakukan tanpa memperdulikan siapa pengundi luar itu telah undi kerana biasanya majoriti orang Malaysia ni kalau dia sokong PR, dia susah nak ke bilik gerakan UMNO/BN tu.. begitulah sebaliknya.

Tetapi ada juga pengundi luar yang bijak.. mereka melakukan tuntutan elaun perjalanan dari kedua-dua pihak.. kita anggaplah sebagai rezeki dia..

Kan aku dah kata ini bukan isu.. sebabnya UMNO/BN bayar kita pun bayar juga.. jangan jadi hipokrit..

'Rajees' yang Malaysiakini laporkan tu mungkin mabuk kot...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive