RM5,000 harga untuk khianat teman seperjuangan?


Hanya dengan RM5,000 beliau dilaporkan sanggup mengkhianati rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat untuk bersekongkol membantu kemenangan UMNO/BN pada PRU13 lalu..

Khabar mengenai perkara ini telah tersebar sejak dari sebelum hari pengundian PRU13 lagi, namun hingga kini tiada sebarang penafian yang terdengar…

Ianya tersebar setelah individu yang menjadi orang tengah yang membawa RM5,000 tunai dalam hal itu menceritakan segalanya..

Menurutnya beliau telah diamanahkan untuk menyerahkan RM5,000 yang diterima dari pihak sebelah sana untuk dibayar kepada individu yang berada disebelah sini..

Jika benar perkhabaran ini maka jelaslah bahawa ungkapan ‘Ana dan Anta’ yang sering digunakannya untuk berkomunikasi hanyalah topeng untuk mengaburi mata masyarakat dan penyokongnya.

RM5,000 yang diterima meletakkan harga dirinya jauh lebih murah dari harga katak-katak yang dibeli oleh BN sebelum PRU13.

Malah ianya jauh lebih murah dari harga seekor katak tua yang apa namanya tah.. akupun dah lupa..

RM5,000 cukup untuk beliau mengkhianati perjuangan sesama sahabat meletakkan dirinya lebih hina dari perempuan simpanan..

Sebab menurut seorang sahabat bukan Islam, beliau menyatakan kos untuk beliau menyara seorang perempuan simpanan jauh lebih besar dari apa yang diterima pengkhianat itu..

Siapa yang dikatakan menerima RM5,000 itu sila baca di SINI

Dalam masa terdekat ada pihak akan melaporkan perkara ini kepada SPRM...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive