Macai UMNO tuduh AMK punca Pegawai DBKL dipukul.. betul ke?

Menulislah seorang pencacai UMNO dalam Forum Kumpulan Menyokong UMNO atau MyKMU.Net ataupun lebih dikenali dengan MyKemut oleh forumer dari Tranungkite tentang insiden Pegawai DBKL dipukul dalam himpunan Black 505 baru-baru ini..

Kononnya menurut beliau.. Mungkin kerana terpengaruh dengan janji syahid yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini, sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka sebagai ABU telah bertindak liar dengan menghalau dan memukul pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi.

Pada mulanya perbincangan berlaku secara baik, namun tindakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip yang bertindak membuat provokasi telah menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Rozan yang lebih dikenali sebagai Mat Rango telah menggunakan pembesar suara ((loud hailer) sambil melaungkan perkataan Hidup Rakyat dan Bangkit Rakyat. Sejurus selepas itu, kumpulan tersebut mula meninggikan suara ada di kalangan mereka mula melemparkan botol minuman kepada pegawai tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, seorang pegawai polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menarik dua orang pegawai tersebut untuk keluar dari kumpulan tersebut.

Namun ia jelas tidak memuaskan hati para penyokong pakatan pembangkang itu, apabila di sepanjang jalan keluar bajunya ditarik sambil dilemparkan dengan kata-kata kesat dan caci maki.

Ketika sampai di tepi padang, seorang penyokong pakatan pembangkang telah bertindak menyerang pegawai tersebut dengan mengetuk kepala dan menendang belakangnya.

Itu apa yang macai UMNO tu dah tulis.. cuba perhatikan sendiri dalam video yang disertakan dalam laporannya itu,, ada tak  berlaku apa yang dia tulis tu..


Pukul kepala tu ada.. tendang belakang?

Rentetan dari tulisan itu seseorang individu yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip telah telah meninggalkan komen yang disfatkan oleh admin MyKemut sebagai mengajak pengulas bernama Omega untuk bergaduh..


Rozan Azen tu tulis 'Jom kita jumpa' atau 'Jom kita gaduh'?..

Rozan sahkan itu komen beliau melalui Twitter nya semalam.. dan baca apa katanya..


Hmmm... fitnah tak habis-habis macai UMNO nih!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive