Isu Pengkhianat PAS : Ini apa yang diucapkan oleh Dato Husam Musa sebenarnya.. (Video Inside)


Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sering dinasihatkan agar menyelidik dahulu sebelum mempercayai apa yang disiarkan oleh media-media yang ditunggangi oleh UMNO/BN.

Malah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga dinasihati agar memboikot semua media tersebut baik media elektronik mahupun media cetak.

Kerana sudah banyak kali, apa yang dilaporkan oleh media yang ditunggangi oleh UMNO/BN tentang Pemimpin Pakatan Rakyat adalah fitnah dan ianya telah terbukti di Mahkamah.

Malangnya dalam menasihati penyokong agar jangan mudah terpedaya dengan apa yang dilapor oleh media yang ditunggang oleh UMNO/BN itu.. mereka yang bergelar Pemimpin dalam Pakatan Rakyat sendiri begitu mudah diperbodohkan oleh media tunggangan UMNO/BN itu..

Tanpa merujuk kepada Husam Musa sendiri, tanpa mengetahui apa sebenarnya yang diucapkan oleh Husam Musa.. beberapa pemimpin PAS telah membidasnya tanpa usul periksa..

Mengulas ucapan Husam dalam perhimpunan perhimpunan Blackout 505 di padang Majlis Daerah Ketereh seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul serta bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain.

Menurut beliau, arahan untuk menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 dikeluarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang. “

Kalau kita mematuhi arahan pemimpin parti lain, itu lagi khianat sebenarnya," katanya.

Manakala Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed pula berkata, secara dasarnya, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 9 Jun lalu sebulat suara bersetuju parti itu mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, tidak kesemua pemimpin dan ahli Pas dapat hadir kerana mereka ada halangan atau urusan lain yang lebih penting.

“Mungkin mereka ada keperluan lain seperti urusan di luar kawasan atau mengerjakan umrah semasa perhimpunan dijalankan. “Kita tidak boleh melabelkan mereka sebagai pengkhianat kerana masing-masing ada alasan. Itu tidak tepat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini ~ Utusan

Dihubungi oleh Utusan pun masih mahu dilayannya.. hasilnya.. faham betul-betul apa yang tersirat dari yang tersurat ini..

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perhimpunan Blackout 505 bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan, malah tiada jemputan rasmi diberikan kepada Pas Kelantan.

Mohd. Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri turut meminta Husam supaya berhenti daripada menyindir pemimpin lain kerana kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sudah membuktikan komitmen kerajaan Pas Kelantan dalam menentang penyelewengan pilihan raya.

Menurutnya, pertama, program di Ketereh itu bukan anjuran parti, tetapi NGO dan Pas negeri tidak dirujuk untuk mengadakan program itu, sebaliknya hanya mendengar tetapi tidak ada sebarang perbincangan rasmi.

"Saya sendiri hari Rabu itu terima panggilan telefon jemput hadir tapi last minute, saya tidak boleh hadirlah kerana ada komitmen lain ~ Utusan

Jarum sudah berjaya dimasukkan..  dan sengketa akan bermula jika tiada pihak yang mahu membetulkannya..

Persoalannya disini adakah Pemimpin-pemimpin PAS di atas tidak mempunyai No. telefon Husam untuk dihubungi bagi mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang diucapkannya itu?

Ini video ucapan Dato Husam Musa pada 12 Jun 2013 lalu.. saksikan adakah ianya sama dengan apa yang dilaporkan kebanyakkan media..


Buat yang tak dengar atau tak boleh mendengar atau buat-buat pekak ini transkripnya..

0:12 ~ As salamu ‘alaikum warahmatullahi, wabarakatuhu … (Ucapan alu-aluan…. )

0:53 ~ Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kpd pihak polis yg telah memberikan kita permit untuk berhimpun pda malam ini. Maknanya perhimpunan kita, BLACKOUT 505 adalah perhimpunan aman. Kita bukan berhimpun hendak menggulingkan kerajaan.Tapi kalau kerajan lemah sabgat , dia terguling dengan sendiri , Alhamdulillah; tak ada masalah!

0:18 ~ Sebab apa kita berhimpun? Pada pendapat saya ada dua sebab utama. Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap perjalanan pilihanraya . Yang kecewa adalah rakyat jelata. Kenapa mereka kecewa? Mereka seratus peratus yakin Pakatan Rakyat harus atau telah memenangi Pilihanraya yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya.

2:02 ~ Kenapa kita kalah? Dari segi undi, undi kita lebih besar dari undi Barisan Nasional. Kenapa kita tidak boleh mentadbir Putrajaya? Kerana penipuan pilihanraya! Jadi yang kecewa adalah rakyat jelata. Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat, PAS, DAP , PKR tidak boleh membentuk kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik.

2:28 ~ Bila mereka kecewa, apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama. Kalau ada mana-mana pemimpin kita bawa bawa suara sumbang, nak berhimpun macam ini pun tak boleh, saya yakin dan percaya, orang ini bawa suara Umno dalam PAS, dalam PKR, dalam DAP!

2:53 ~ Malam ini saya nak cakap berterus terang. Berterus terang dgn semua pimpinan kita. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan, kepada rakyat Kelantan yang berhimpaun pada malam ini. Walaupun kita antara negeri yg terakhir berhimpun, kita tidak ketinggalan dalam kebangkitan arus anak muda dan kekecewaan masyarakat pelbagai kaum seluruh negara untuk menyatakan bersama-sama pendirian kita ~ Penipuan pilihanra telah berlaku dalam PRU yg ke- 13!

3:26 ~ Bayangkan kalau Kelantan tak buat, kita akan dianggap sebagai angkuh, membelakangkan saudara-saudara kita.

3:37 ~ Kalau dalam perang, saudara kita telah berlumuran darah, hasil penipuan ini dan kita hanya berdiam diri kerana kita telah menang menguasai kerajaan, kita pengkhianat kepada perjuangan ini!

3:52 ~ Alhamdulillah, kita berhimpun, Datuk MB hadhir, saya ucapkan tahniah, terima kasih kepada semua pimpinan PAS Kelantan dan rakyat negeri Kelantan.

4:04 ~ Kitalah yang mencetuskan perubahan politik negara; jangan kerana kita baru menang kerusi parlimen , baru mentadbir negeri, kita telah lupa kepada asal usul perjuangan kita!

4:19 ~ Ada seorang baru menang, dia hanyun gateh (?) basikal siang malam…. Palimen akan bersidang, kita nak tengok ahli-ahli parlimen kita daripada PAS , dia kayuh basikal dalam parlimen macam mana?

4:35 ~ Kalau di luar parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam parlimen , kita nak kayuh macam mana? Anda semua akan disaksikan oleh rakyat yang telah memberikan undi kepada perjuangan ini ~ bukan undi individu!

4:51 ~ Undi kita semua adalah untuk perjuangan. Bukan untuk sesiapa atas nama individu dia! Kalau dia rasa kuat, dia boleh bertanding sendiri…..

5:01 ~ Tetapi rakyat beri kemenangan kerana perjuangan. Jangan menang sekali, dah nak lupa dengan sokongan rakyat jelata di seluruh negera.

5:11 ~ Anak-anak muda daripada Kuala Lumpur, mereka pulang ke Kelantan , hampir 95%. Yang tak pernah pulang pun pulang kerana semangat nak menguasai Putrajaya. Jangan nafikan semangat ini semata-mata kerana kita nak menyuarakan ‘suara Umno’ dalam perjuangan kita.

5:34 ~ Tujuan kedua kita berhimpun , sebagai seorang Islam, Man ra’a mingkum mungkaran, falyu ngairuhu biyadihi… sampai akhirnya. Kita boleh redha dgn kekalahan kita, tetapi kita tidak diizinkan redha dengan penipuan mana-mana pihak!

5:54 ~ Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan. Tetapi kalau penipuan demi penipuan; tiap-tiap kali pilihanraya, Umno menang hanya kerana penipuan, wajib kita bagi orang ummat Islam, tegak berdiri menentang penipuan tersebut!

6:13 ~ Yusuf al-Qardhawi, duduk di Doha, Qatar; rakyat Mesir, pemuda Mesir sama dgn pemuda Malaysia berhimpun di mana-mana . Majoritinya anak-anak muda , Hala hani syabab, wa qala hani syuyukh… (maaf saya tidak berapa pasti bahasa arab - al-Husseyn) kita beriman dengan sabda Nabi , anak-anak muda bersama dgn Islam, orang-orang tua dgn sebab-sebab sendiri, mereka sebahagiannya tidak bersama kita.

6:41 ~ Yusus Qardhawi duduk di Doha, perhimpunan di Tahrir Square , di Mesir , di Cairo, di Kaherah . Yusof Qardhawi tanpa jemputan terbang daripada Doha untuk memberikan amanat, semangat perjuangan kpd anak-anak muda di Tahrir Square.

7:02 ~ Kalau ada pemimpin kita tidak sanggup hadir dalam perhimpunan seperti ini, mereka harus belajar semangat dakwah yg telah ditunjukan oleh Yusof al-Qardhawi. Mereka hadir tanpa dijemput.

7:22 ~ Almarhum Fadhil Nor, pada tahun 80-an, nak menghimpunkan masyarakat Cina, pergi sewa dewan di Ipoh, guna CCC. Berhimpun daripada jam 6.00 petang sampai 10.00 malam, 4, 15 orang Cina datang….hari ini, saya hadir di perhimpunan Kuantan, hadir di depan pentas anak muda Cina mengaminkan doa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man , tanpa mengira itu adalah doa apa…. Dia tak tahu : Asal Umno mati, Umno mampus, dia aminkan! (catatan : sebenarnya pada tahun 2000 - saya ada gambarnya kat atas tu)

8:00 ~ Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan kita ini, kita telah mengkhianati dakwah yg telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin kita daripada PAS dahulu!

 8:10 ~ Kalau dulu kita payah nak himpunkan orang Cina, sekarang orang Cina tunggu kita berpuluh ribu, pemimpin kita pula tiada, ini adalah pengkhianatan kpd dakwah kita!

8:24 ~ Baik …. Kita telah saksikan perhimpuanan di seluruh negara. Tetapi kita belum sampai kepada puncak kita. Kerajaan tidak akan terguling dgn perhimpunan ini. Tetapi yang pasti adalah Najib dan SPR panas!

8:45 ~ Hari ini Pengerusi SPR buat kenyataan petang tadi, dia tak akan letakan jawatan. Walaupun semua rakyat tahu penipuan paling besar sekali , yang diketahui oleh semua rakyat adalah ‘dakwat’.

9:00 ~ Semua rakyat tahu bahawa ini adalah penipuan. Macam mana dia nak tutup penipuan? Dia kata kalau guna dakwat yang betul-betul tahan lama , kena sakit kanser! Dia ingat rakyat Malaysia bodoh macam dia!

9:16 ~ Dia kata tak kan letak jawatan ; tetapi kalau kita berhimpun dan berhimpun, kita akan mencapai matlamat kita. 9:25 ~ Kalau Pengerusi SPR tak nak letak jawatan, kita minta Najib letak jawatan! Kalau dua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik! Tidak mustahil, Najib meletakan jawatan.

9:39 ~ Pilihanraya ke-13, walaupun penuh dgn penipuan, antara yg paling kecewa adalah Najib; kerana dengan perbelanjaan yg begitu besar, dgn penipuan yg diatur begitu rapi, kebangkitan rakyat melalui peti undi , adalah lebih besar daripada yg dijangkakan. Kerana itu dia kecewa.

10:00 ~ Dan dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Najib sebagai minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat Malaysia. Oleh itu, kita nak berhimpun sekali lagi pada 22 haribulan untuk menuntut perubahan supaya PRU yang ke-14, yg ke-15, yg ke-16 , tidak ada lagi pengulangan penipuan.

10:26 ~ Kalau kita biarkan penipuan, hari ini tidak ditentang, mereka akan tipu kita berkali-kali lagi dan kita akan tewas berkali-kali lagi!

10:34 ~ Wajib bagi kita menentang mereka, setakad yang saya baca buku-buku , penentangan kita ini adalah satu jihad. Penentangan kita adalah satu gerakan fi-sabilillah. Penentangan kita adalah untuk ‘al’amru bil makruf, wa nahi ‘anil mungkar’

10:52 ~ Kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam! Jangan buat kenyataan. Berbagai-bagai kenyataan yg pelik-pelik.

11:03 ~ Dari segi organisasi PAS, keputusan menyertai BLACKOUT 505, diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat. Ini bukan keputusan Husam Musa. Ia bukan keputusan Mat Sabu. Ia adalah keputusan PAS Pusat untuk menyokong BLACKOUT 505!

11:26 ~ Jadi saudara, adik-adik semua jangan ragu. Jangan ragu! Dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita adalah perhimpunan aman menyampaikan mesej perjuangan kita menentang penipuan ini, kita terkorban, andai kata, satu darpada kita terkorban, insya’ Allah , ini adalah syahid fi sabilillah, insya’Allah!

Transkrip sepenuhnya sila lihat di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive