Isu Menara UMNO Pulau Pinang.. Tanya sama itu Anwar Ibrahim laa...


Nampaknya dalam menjawab apa yang dipersoalkan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik mengenai Menara UMNO di Pulau Pinang ini, Blogger dan juga pemimpin UMNO Pulau Pinang mempunyai jawapan yang sama..

Nama bangunan itu tiba-tiba popular berikutan runtuhnya penebat kilat yang didirikan di atas bangunan itu dan mengorbankan dua nyawa..

Ng Wei Aik mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang diterajui Gerakan sebelum ini berhubung kebenaran pembinaan Menara Umno dibina sebelum pelan pembangunannya dikemukakan dan diluluskan.

Menurutnya, kerajaan tempatan ketika itu membenarkan bangunan itu dibangunkan seperti yang dimohon kontraktor di atas klasifikasi sebagai kerja khas iaitu pada 23 Disember 1995, sedangkan pelan bangunan yang pertama diserahkan selepas dua tahun iaitu pada 31 Julai 1997 manakala pelan yang diubahsuai pula dihantar pada 24 Julai 1998.

“Bagaimana kerajaan negeri ketika itu tunduk kepada Umno negeri dengan membenarkan kerja bermula walaupun pelan bangunan itu belum dikemuka?

Terus terang aku cakap, meskipun aku tak sokong UMNO.. bagi aku persoalan yang dibangkitkan itu iaitu bangunan dibina sebelum mendapat kelulusan meskipun kelihatan luar biasa, ianya adalah biasa...

Malah hingga sekarang inipun ianya masih dipraktikkan oleh kebanyakkan pemaju kerana kerenah birokrasi yang ada dalam kebanyakkan jabatan Kerajaan melambatkan segalanya..

Teng Hock Nan tidak menjawab persoalan itu, tetapi menyatakan..

Ketika dihubungi, Hock Nan berkata, kejadian itu berpunca daripada 'masalah teknikal yang berlaku semasa bencana alam' yang mana arkitek dan jurutera terlibat tidak dapat meramalkan bahawa penebat kilat itu akan jatuh dari bangunan berkenaan.

“Terdapat banyak bangunan lain dengan struktur yang sama seperti di Menara Umno namun, selagi arkitek bertanggungjawab bersedia untuk membayar denda jika mereka tidak mematuhi garis panduan, prosedur dan pelan bangunan, saya rasa itu tidak menimbulkan masalah. Kita mengadakan garis panduan dan prosedur yang ketat serta telus pada masa bangunan itu dibangunkan.

“Arkitek yang dilantik juga adalah dari sebuah syarikat antarabangsa terkenal dan pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa berikutan hasil kerja mereka setaraf dengan anugerah yang diberikan.

Bagaimanapun persoalan oleh Ng Wei Aik dijawab oleh Dr. MiM dan juga dua pemimpin UMNO..


Dr. MiM kata Anwar lah yang terlibat secara langsung di dalam proses bangunan UMNO negeri itu (baca di SINI )

Ketua Pemuda UMNO, Dr Shaik Hussein Mydin pula meminta ditanya kepada Anwar.

“Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya.

“Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya,” katanya ~ Sinar Harian


Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman juga mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.

Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.

"Dia tahu segala-galanya," kata Zainal dalam sidang media hari ini ~ Malaysiakini

Jadi... kita pakat-pakat tanya Anwar Ibrahim laaa... kan senang tak payah fikir banyak-banyak.. semua kesalahan kita halakan kepada Anwar..

Jambatan yang runtuh dua minggu dulu pun kita patut tanya Anwar juga, sebab apa jambatan tu runtuh?


The Star

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive