Isu Menara UMNO Pulau Pinang: Ini jawapan Anwar..


Kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Shaik Hussein Mydin mengenai Menara UMNO yang dibina sebelum mendapat kelulusan ini..

“Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya.

“Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya,”

Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman pula berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.

"Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar"

"Dia tahu segala-galanya," kata Zainal.

Ini jawapan Anwar
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang.

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan.

"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar.

"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar ~ Malaysiakini 

Ini pula rakaman CCTV kejadian runtuhan itu..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive