Anggaplah ini sebagai hadiah dari Barisan Nasional buat semua yang menyokongnya..


Kalau sebelum pilihanraya hari tu. apa saja tindakan yang nak dibuat oleh mereka, penerimaan rakyat akan didahulukan seperti yang biasa dilaungkan.. kononnya 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'..

Tetapi setelah kembali berkuasa pandangan rakyat, penerimaan rakyat, rakyat suka atau tidak itu bukan masaalah..

Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik. Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya ~ Sinar Harian

Alasan nak dinaikkan ialah kononnya pada musim perayaan  bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.. tapi sekarang ini adakah dalam setiap perjalanan bas itu pergi dan balik penuh dengan penumpang?

Anggaplah ini sebagai hadiah dari Barisan Nasional buat semua yang menyokong untuk memenangkannya dan juga hadiah buat yang membantu kemenangan Barisan Nasional dengan sabotaj sahabat sendiri...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive