Asalkan menguntungkan BN.. Warga asing hutang Kerajaan RM21.67 juta kos perubatan pun tak apa..


Warganegara asing berhutang RM21.67 juta bagi kos rawatan perubatan di Sabah sejak 2007 hingga 2012, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Maria Suleiman berkata jumlah hutang itu membabitkan kos rawatan perubatan kepada 42,092 warga asing daripada beberapa negara yang majoritinya dari Filipina dan Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Dr Maria berkata jumlah RM21.67 juta itu sepatutnya dibayar oleh warga asing itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

"Kutipan memang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, bagaimanapun ketika diminta bayaran mereka tidak membayar. Apabila pihak Jabatan Kesihatan merujuk bayaran itu kepada alamat yang diberi oleh pesakit ketika mendaftar, mereka tiada di alamat tersebut, bila telefon, nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi," katanya.

Saksi ke-75 itu berkata jumlah kos rawatan itu memang banyak berbanding jumlah RM7,723,839.23 yang sepatutnya dibayar rakyat tempatan di negeri ini dalam tempoh yang sama.

Dr Maria berkata jabatan itu juga membelanjakan RM200,000 pada 2011 bagi mengawal penyakit berjangkit di dua petempatan sementara di Kinabatangan dan Beluran bagi warga Filipina.

Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi itu berkata antara tahun 2000 hingga 2011 seramai 1.3 juta iaitu 53.41 peratus warga asing mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital di Sabah.

Dr Maria juga berkata sejumlah 295,053 orang warga asing dalam tempoh 10 tahun itu mendapat rawatan sebagai pesakit dalam iaitu pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.

Membacakan statistik dari Jabatan Kesihatan Sabah itu, Dr Maria berkata di klinik kesihatan di seluruh negeri ini pula seramai 327,302 orang pesakit luar warga asing mendapat rawatan manakala ibu mengandung pula seramai 491,071 dan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun seramai 472,452 dari 2000 hingga 2011.

Dr Maria yang berkhidmat di jabatan itu selama 22 tahun juga berkata seramai 122,882 kelahiran warga asing direkodkan jabatan itu pada tempoh sama.


Beliau berkata warga Indonesia yang paling ramai mendapatkan rawatan pesakit luar dan dalam di hospital antara 2010 dan 2011 iaitu 54,283 berbanding warga Filipina 45,790 orang.

Kepada soalan Azmi, saksi itu berkata jumlah pesakit warga asing yang ramai ini amat membimbangkan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada Jabatan Kesihatan Sabah.

"Jumlah pesakit yang ramai ini amat membimbangkan selain membebankan kami (Jabatan Kesihatan Sabah). Kos rawatan juga meningkat. Ia juga membebankan kami kerana kami kekurangan doktor dan jururawat bagi merawat mereka," katanya

Beliau berkata jumlah katil juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit sehingga pihak hospital terpaksa memasang katil sementara.

Selain itu katanya kebanjiran warga asing ini juga mengundang pelbagai jenis penyakit berjangkit antaranya campak, taun dan hepititis B. - Bernama


Hmmm... RM21.67 juta kos rawatan perubatan tak dibayar warga asing?.. tak apalah.. asalkan ianya menguntungkan Barisan Nasional, negara bankrap pun tak apa..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive