Ustaz Azizan Abdul Razak tenat..


Entah siapa yang punya kerja menyebarkan khabar kononnya Ustaz Azizan Razak telah meninggal dunia pagi ini.. hingga menyebabkan aku sibuk seperti operator talipon pulak pagi ini..

Sejam yang lalu menurut Medical Asistant yang menjaga beliau, Ustaz Azizan masih berada dalam keadaan kritikal di Unit Penjagaan Koronari (CCU)di Hospital Pulau Pinang oleh itu khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar...

Ini laporan dari BERNAMA yang disiarkan oleh Sinar Harian..
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Setiausaha Akhbar kepada Azizan, Mohamad Helmi Khalid dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata sejak 5.30 pagi tadi, keadaan Azizan agak tenat dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.

Difahamkan Azizan dibawa ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre (KMC) di sini malam tadi. Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. - Bernama
Buat yang menyebarkan khabar angin tu.. hentikanlah buat kerja yang tak ada faedah tu.. Bersamalah kita mendoakan agar kesihatan beliau kembali pulih seperti sediakala hendakNYA...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive