Polis bawa Adam Adli ke Radio Bangsar Utama untuk cari bukti?.. (Video Inside)


Sebelum ini pemimpin kesayangan UMNO Zulkifli Noordin dalam ucapannya yang menghina agama lain yang berbau perkauman dan merupakan satu hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dibiarkan begitu sahaja walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat.

Beberapa hari lepas Menteri KDN baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menghina rakyat Malaysia dengan kenyataan mengarahkan rakyat meninggalkan negara jika tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara.

Ini merupakan satu kenyataan angkuh dan penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang boleh mengundang hasutan, tetapi pihak polis biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Itu bila yang bersuara itu bersama UMNO.. tetapi ini yang berlaku bila yang bersuara datangnya dari yang tidak bersama UMNO...

Semalam 18/5/2013 Adam Adli telah ditahan atas dakwaan Akta Hasutan dan bermalaman di lokap Balai Polis Jinjang. Hari ini Makamah Majistret telah mengeluarkan reman selama 5 hari dengan tuduhan dibawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Ini berikutan kenyataan Adam bersama beberapa NGO lain dalam satu Forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei 2013 yang meminta rakyat malaysia turun ke di jalanraya untuk menunjukkan ketidakpuasan rakyat yang ditipu dalam pilihanraya ke13 telah disifatkan berunsur hasutan.

Hari ini Malaysiakini melaporkan sepasukan polis telah membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.


Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.

Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.

Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.

"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu.

"Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya.

"...Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.


 Ini pandangan Peguam mengenai tangkapan ini..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive