PAS sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan..


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Katanya, Pas akan terus menegakkan keadilan, tetapi dengan cara demokratik mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pas sama sekali menolak pendekatan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan kerana pendekatan itu amat serius. Malah kita sedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

"Perjuangan dalam Pas tiada keganasan sebab itu kita tolak sekeras-kerasnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan Umno (ABU) baru-baru ini yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses PRU13 baru-baru ini tidak telus.

“Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara.

“Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam.


Pada 24 dan 25 Mei ini Parti Keadilan Rakyat pula akan mengadakan Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menggunakan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ sebagai simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil..

Jadi.. siapa sebenarnya yang menganjurkan Pesta Himpunan Suara Rakyat 505, Sabtu ini??

Sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive