Media Australia Dedahkan, Najib paling banyak pengikut Twitter palsu dalam dunia..

Dari perbandingan yang dilakukan melibatkan lapan pemimpin politik dari US, Australia, Malaysia, India, Thailand, Japan, Singapore and Vietnam, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Razak telah berada pada kedudukan yang tertinggi.

Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa tersebut.

“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3.

Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).

Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.


Carta sepenuhnya sila lihat di (Meld Magazine)

Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.

Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.

Menurut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan.”

Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.

“Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan,” katanya.

Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.

Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.

“Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia,” kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu ~ Harakahdaily..

Ceh!!.. Syok sendiri rupanya Najib ni..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive