Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?


Sebelum itu.. aku mohon maaf kepada semua pembaca Blog yang tak seberapa ini, kerana tak update seperti biasa menjelang PRU13 dan pada hari mengundi 5 Mei yang lalu..

Semuanya kerana kekangan masa kerana aku sendiri adalah Jentera Pilihanraya PKR bagi Parlimen Permatang Pauh.. letih macam nak mati rasanya.. sampai ada masanya rasa serik untuk terlibat dalam politik ni..

Malah untuk membuatkan seluruh Jentera Pilihanraya baik peringkat Parlimen mahupun peringkat DUN menerima calon pilihan Presiden telah menjadikan aku HIPOKRIT...

Bagaimanapun... Alhamdulillah kerana biarpun UMNO/BN telah menggunakan hampir sepenuhnya keupayaan mereka termasuk membawa mantan PM, Tun Mahathir ke sini kami masih mampu pertahan Kerusi Parlimen ini..

Biarpun kempen di Parlimen Permatang Pauh ini telah berjalan tanpa kehadiran Calon bagi Parlimen Permatang Pauh sendiri.. di mana pada hari penamaan calon dan hari terakhir kempen saja Calon P044 ada di sini.. kami masih mampu pertahankan Kerusi ini..

Namun begitu dari keputusan undian yang disalurkan kepada aku dan analisa sepintas lalu menunjukkan ada perkara yang amat mengecewakan telah berlaku di sini.. sahabat yang dipercayai rupa-rupanya tidak ikhlas dalam perjuangan ini.. bila ada masa akan aku tulis mengenai perkara ini..

Selain itu dengan kerjasama dan gerakkerja yang bersepadu antara jentera pilihanraya Parlimen P044 ini.. Seberang Jaya yang merupakan kerusi milik UMNO yang sebelum ini disandang oleh Arif Shah Omar Shah berjaya kami rampas akhirnya..

Terima kasih buat mantan YB Seberang Jaya dari UMNO, Datuk Ariff Shah Omar Shah yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga buat rakyat di Seberang Jaya ini.. Jasamu tetap dikenang hingga keakhir hayat...

Adat pertandingan pasti ada yang akan kalah dan ada yang akan menang.. yang kalah terimalah kekalahan itu dengan tenang dan tahniah buat yang menang..

Dan buat yang kalah itu.. adalah lebih baik dibuat analisa kenapa kalah?.. jika dikatakan wujudnya penipuan.. fikirkan kenapa kita masih boleh ditipu?

Meskipun adalah lebih mudah menuding jari kepada pihak lawan namun sedarlah tiada lawan akan membenarkan kita menang.. itu adalah hakikat sebuah kehidupan.

Mengenai PRU13 ini ada pihak yang mendakwa ianya ialah 'Tsunami Cina' benarkah begitu?.. baca apa pendapat bekas ketua pengarang NST ini..

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada “tsunami Malaysia” berbanding “tsunami Cina”, kata bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.

Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.

“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” tambah beliau lagi.

Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133.

Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Selain itu, PR turut gagal untuk merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008 akan tetapi kembali dikuasai oleh BN selepas tiga ADUN PR membelot.

“Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” tulis beliau lagi.

“Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerusi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.” ~ The Malaysian Insider
Menarik komen dia ni.. aku petik dari Blog A Kadir Jasin..

Salam Dato'

Dari komen2 yang tertera di blog Dato' saya kini faham kenapa polarisasi bandar dan desa berlaku. Berlandaskan pemikiran rasional kelanjutan negara dan kemampanan ekonomi, orang bandar lebih memahami hujah-hujah yang diketengahkan oleh pihak kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Pembangkang negeri2 ini tidak menampilkan prestasi yang menyakinkan kita keupayaan mereka membawa negara ke depan.

Nasihat saya kepada mereka yang menabur fitnah ke atas orang Cina yang memilih PR, gunakanlah cara pemikiran yang rasional, pragmatis dan yang terpisah dari emosi, pasti anda akan lebih memahami kami yang memilih PR.

Juga harus difahami, sokongan bukan sekadar dari orang Cina, malah orang Melayu juga menyokong PR atas asas aspirasi yang membina negara bangsa dan negara.

Kalau diikut hati, takkanlah orang Cina memangkah PAS?

Juga, ambillah masa membaca blog2 pemimpin muda seperti Rafizi dan Tony Pua. Dengarlah suara hati Nurul Izzah dan Yeo Bee Yin.

Sekiranya mereka yang meninggalkan komen yang rata2nya beragama Islam dan berkiblatkan Ka'abah, apakah Tuhan tidak menyayangi kami? Apakah kemanusiaan mu hanya untuk "jenismu"?

Bagi rakyat Selangor, kami sayangi Sdr Khalid Ibrahim. Fahamilah suara hati kami. Komen2 anda yang berbau perkauman dan benci tidak akan membina bangsa negara, tetapi mengancam pertumbuhannya.

Yang ikhlas,

CW Wong
Rakyat Malaysia Warga Selangor
Pilih Bakat, Tak Pilih Agama dan Warna Kulit

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive