Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?.. Ini jawapan Zahid buat Anwar


Ini adalah jawapan dari seorang pemimpin UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri oleh Najib mengenai soalan oleh DS Anwar Ibrahim "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?"..

Soalan tersebut telah ditanya oleh Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu merujuk kepada tulisan tulisan Zahid dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu..

'Ya, negeri ini pun bukan bapa Anwar punya'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik. "Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian ~ Malaysiakini

Dah jadi macam budak-budak bergaduh pulak dah...

Baguslah kalau dia dah sedar negarai ini bukan milik Bapak dia.. kalau dah sedar tu lain kali janganlah nak halau orang tak tentu hala...

Marah lain macam saja Zahid kali ni.. marah sebab kena tukar Kementerian ke?.. dulu kan dia jaga lubuk emas...

Tapi hakikatnya... Negara ini bukan hak sesiapa pun, tubuh badan kita pun hanya pinjaman Allah yang akan dipersoal di Hari Akhirat, tetapi Allah telah lantik kita sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkannya, bukan membinasakannya dengan ucapan-ucapan sombong..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive