Gambar dan Video dari sekitar Himpunan Pesta Rakyat Di Amcorp Mall Petaling Jaya..


Ribuan peserta mula memenuhi Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Perhimpunan Suara Rakyat 505 yang bermula sejak jam 5 petang tadi.

Himpunan anjuran 54 gabungan NGO itu diadakan bagi membantah penipuan dilakukan oleh Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu. 


Ia adalah siri ke 9 sejak himpunan yang sama diadakan di Kelana Jaya, 8 Mei lalu yang berjaya menarik kehadiran lebih 120,000 rakyat.


Meskipun diberi amaran keras oleh polis, ia tidak menghalang ribuan Peserta untuk tiba ke lokasi seawal jam 3 petang tadi.


Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, dilihat berpakaian hitam sebagai simbolik kepada bantahan dan warna tema bagi himpunan tersebut.


Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat paling awal muncul di Dataran berkenaan kira-kira jam 6 petang.

Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan memberikan ucapan pada malam ini dan kemuncak acara adalah ucapan dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai yang berada di sekitar Petaling Jaya masih boleh menyertai himpunan tersebut, namun dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive