Dewan Ulama PAS tegah Ahlinya sertai perhimpunan 'Suara Rakyat 505 '?.. Betul ke nih?..


Ini adalah apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama PAS tentang perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan hari ini 25Mei, jam 4.30ptg, di Padang Timur (depan Amcorp Mall),Petaling Jaya..

Laporan telah ditulis oleh wakil wartawan akhbar tersebut yang menghubungi Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib baru-baru ini.
Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.

Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS.

“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.

“Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Bagi saya, kerja (perhimpunan) itu tidak memperkuatkan sokongan terhadap parti (PAS),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Harun membantah perhimpunan yang dianjurkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

Sebaliknya, Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka, selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik ~ Berita Harian

Bagaimanapun portal rasmi Parti Islam SeMalaysia telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai laporan oleh Berita Harian ini ..
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib kesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk : "Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini.

Perkataan "ditegah" tidak menggambarkan perkataan yang tepat. Apa yang beliau tegaskan ialah beliau menasihati agar ahli PAS melakukan kerja kerja yang lebih memberi manfaat dalam usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat untuk berhadapan pilihanraya yang akan datang ~ Parti Islam SeMalaysia

Aku tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Dato Husam di perhimpunan blackout 505 di Kuala Ibai, Terengganu baru-baru ini, dimana katanya..
"Kalau ada mana-mana pimpinan pakatan rakyat bersuara seperti umno, berminat untuk menjadi jurucakap umno, mengkhianati amanah rakyat dengan menjadi ejen umno, saya ajak saudara saudari sekelian untuk menentang mereka sehingga mereka tumbang ditangan rakyat... jangan cuba khianat amanah rakyat dengan menjadi ejen pemerintah zalim umno barisan nasional"
Nanti ada pulak yang belasah aku lagi sebab siarkan laporan yang macam ni.. tapi orang kata.. "Lieutenant, sometimes you have to stand your ground and pick your ditch to die in." this words meant that you have to stand up for what you believe in even if faced with overwhelming condemnation...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive