DAP juga mahu Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar..


Jika sebelum ini telah dilaporkan.. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya … sepenuhnya sila baca di ( SINI )

DAP juga menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008.

Tambahnya, walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi PKR, Khalid patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor.

“Ini telah membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, DAP Selangor juga menyokong penuh Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini Kenyataan Medianya...

DAP menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

DAP menyatakan sokongan terjadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua. Tan Sri Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008.

Walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor.

Ini telah membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor.

DAP Selangor juga menyokong penuh Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


Lim Guan Eng

*Kenyataan Media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013*

Nampaknya ada yang dah gigit jari di Selangor tu.. ha.. ha.. ha..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive