Tian Chua dihalang masuk ke Sabah oleh UMNO


Pengganas Sulu yang lengkap bersenjata dibenarkan berada di Sabah lebih dari 21 hari sebelum mereka dianggap sebagai Pengganas oleh pemimpin UMNO/BN..

Mereka tidak diusir ketika berada disana biarpun mereka lengkap bersenjata, malah Kerajaan UMNO/BN mengambil pendekatan berunding dengan mereka biarpun jelas sama sekali mereka menceroboh dengan lengkap membawa senjata.

Bagaimanapun, semuanya berubah bilamana pengganas tersebut membunuh dua anggota Keselamatan negara..

Menurut Najib, kenderaan mereka telah diserang dengan mortar oleh pengganas-pengganas yang kebanyakkannya memiliki IC yang diberikan oleh Kerajaan UMNO/BN sendiri.

Malangnya hingga kini tidak kelihatan langsung gambar kenderaan Polis yang menjadi mangsa serangan Pengganas-pengganas itu seperti yang didakwa oleh Najib..

Itu cara UMNO/BN menangani pengganas yang menceroboh negara lengkap dengan senjata.. 21 hari bertapak, mereka cuba dipujuk..

Tetapi ini pula pendekatan yang diambil UMNO/BN  bagi menangani rakyat Malaysia yang hendak ke Sabah.. baru bertapak dah kena halau...

Tian Chua dihalang masuk ke Sabah

KUALA LUMPUR, 7 April — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang untuk masuk oleh penguatkuasa imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus dinaikkan pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur tanpa sebarang sebab.

Ahli parlimen Batu yang baru-baru ini didakwa menghasut kerana mengaitkan pencerobohan Lahad Datu dengan Umno, mengesahkan perkara ini kepada The Malaysian Insider pada 11.40 pagi tadi beliau dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari KKIA.

“Dalam pesawat untuk pulang sekarang,” katanya dalam satu mesej sistem pesanan ringkas (SMS).

“Tiada alasan diberikan,” tambah beliau apabila ditanya apakah pegawai imigresen di Sabah menjelaskan mengapa mereka menghalang beliau masuk.

Dalam satu kenyataan dari ibupejabat PKR, mengesahkan Chua ditahan untuk masuk ke Sabah di KKIA dan kemudiannya dimaklumkan kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah halangan masuk kepadanya.

Awal sebelum itu Chua menulis di akaun Twitternya mengenai halangan masuk ke Sabah mengatakan: “Ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu oleh Imigresen, kerajaan Sabah menghalang kemasukkan saya dan akan dihantar pulang ke KL.”

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Darell Leiking yang berasal dari Sabah, Chua ke Kota Kinabalu untuk menghadiri dua acara ceramah — satu di Tuaran pada 3.00 petang dan satu lagi di Penampang pada 7.00 petang.

Ketua PKR Penampang itu menyelar penahanan dan mempersoalkan apakah pihak berkuasa takut dengan kehadiran Chua di Sabah.

“Apa yang telah terjadi sehingga pihak berkuasa begitu takut dengan Tian Chua?” katanya dalam satu kenyataan melalui WhatsApp.

“Pendatang haram dibenarkan berleluasa dengan gembiranya tanpa ditahan dan rakyat Malaysia tulen dihalang masuk ke negeri ini!” tambah beliau.

Chua didakwa pada 14 Mac kerana dikatakan menghasut apabila membuat kenyataan serangan tembakan di Lahad Datu dipercayai satu konspirasi yang dirancang oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan menakut-nakutkan mereka dan kejadian itu menimbulkan keraguan di atas wayang mainan kerajaan Umno ~ The Malaysian Insider

Apa cerita ni?..

Ini baru betul seperti kata pepatah.. Kera dihutan disusukan.. anak sendiri mati kelaparan..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive