Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Tony Pua perlu dipastikan kalah.. arahan Najib



Perkara ini telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perjumpaan tertutup antara beliau dan AJK Cabang Permatang Pauh baru-baru ini..

Tetapi oleh kerana ianya adalah perjumpaan tertutup yang hanya dihadiri oleh beberapa orang AJK sahaja.. maka aku terpaksa simpan dalam ingatan saja..

Selain 3 nama yang Najib mahu pastikan kalah itu..

Nama pencabar kepada Datuk Seri Anwar di Permatang Pauh juga beliau dedahkan..

Dan nama tersebut bukanlah Dr. Mazlan yang sering kelihatan di Permatang Pauh baru-baru ini.. dan bukanlah juga nama Papagomo.. tetapi ianya adalah nama besar dari PAS..

Nama tersebut membuktikan bahawa Najib langsung tidak meyakini kekuatan dan kepimpinan yang ada dalam UMNO Bahagian Permatang Pauh yang mahu meletakkan calon bagi kerusi Parlimen dari kalangan mereka..

Anwar dedah arahan tewaskan 3 calon Pakatan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

"Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.

"Ada orang kata beri kepada beliau (Nurul Izzah) kawasan yang selamat. Saya balik berbincang dengan dengan dia, dan dia kata, 'tidak papa, mereka adalah rakyat saya, saya akan pertahankan Lembah Pantai," kata Anwar di hadapan kira-kira 4,000 hadirin hadir dalam ceramah di Bandar Tun Razak.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu mengumumkan anak sulungnya bertanding mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga mengumumkan calon-calon PKR yang bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di majlis yang berlangsung di sebuah padang bola sepak di Bandar Tun Razak.

Selain Nurul Izzah, Anwar juga memperkenalkan empat lagi tokoh pemimpin PKR yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Parti itu mengekal calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 melainkan di Wangsa Maju ~ Laporan penuh sila baca di Malaysiakini

Sebab Najib mahu ketiga-tiga calon dari Pakatan Rakyat itu dikalahkan ialah mereka-mereka itu adalah pemimpin pelapis yang mampu menerajui negara dimasa akan datang..

Selain itu faktor 'Bijak' juga merupakan sebab mereka perlu dikalahkan, kerana bagi Najib dan UMNO pemimpin-pemimpin yang bijak tidak punya tempat dalam Malaysia ini..

Lain-lain sebab akan terbongkar secara automatik jika kemenangan berpihak kepada mereka... oleh itu "UNDILAH CALON-CALON DARI PAKATAN RAKYAT!!"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive