Pertembungan 3 Penjuru di Sungai Acheh?.. Apa dah jadi ni wei?


Lewat malam Selasa lalu, Naib Presiden PKR merangkap pemangku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che'GuBard sebagai calon di DUN Sungai Acheh.

Setelah pengumuman itu.. pada sebelah petang hari Rabu seorang sahabat melaporkan yang Pesuruhaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man telah didesak untuk segera mengumumkan Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

Desakan itu menurut sahabat itu disuarakan oleh beberapa pemimpin sayap pemuda parti semasa berlangsungnya satu mesyuarat negeri, dan ianya didedahkan oleh seorang pemimpin tinggi PAS Kawasan Permatang Pauh.

"Di (DUN) Pinang Tunggal pun tak naik nama Yusni. Pemuda PAS desak sebab Ketua Pemuda mereka tiada kerusi lagi," ujar sumber menerusi telefon.

Mereka berkata pemuda tidak kisah berlaku pertandingan tiga penjuru di Sungai Acheh memandangkan DUN itu dianggap 'kerusi tradisi PAS'.

Dan pada sebelah malamnya.. muncul laporan yang membuatkan aku sakit hati.. kerana jelas tiada koordinasi antara pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat dalam hal pembahagian Kerusi di negeri ini..

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man baru mengumumkan Ketua Pemudanya, Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

Pengumuman itu sekaligus mengakibatkan pertandingan tiga penjuru ekoran PKR turut mengumumkan che'GuBard sebagai calon di kawasan DUN yang sama untuk menentang Umno.

Sumber aku menulis di SINI..

Wei!!! Hangpa ni nak berperang dengan UMNO atau nak berperang sesama sendiri?.. perkara macam ni takkanlah tak ada perbincangan langsung..

Siapa yang ego sangat nih? Buat pihak berkenaan sila selesaikan perkara di atas sebaik mungkin sebelum ianya melarat..

Macai UMNO yang sering membaca Blog ini.. kalau nak komen dan kutuk Pakatan Rakyat sila baca yang di bawah ini dulu... lagi parah...

Akar umbi berang MCA 'pinjam' kerusi pada Umno 

Peringkat akar umbi MCA di beberapa tempat di negara ini berang dengan langkah yang dilihat untuk "meminjamkan" beberapa kerusi kepada Umno dan parti komponen lain BN untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Setakat ini, MCA mengesahkan ia akan menyerahkan kerusi DUN Tronoh di Perak kepada MIC tanpa sebarang syarat.

Lebih seminggu yang lalu, terdapat spekulasi bahawa MCA akan melepaskan empat lagi kerusi Parlimen - Gelang Patah dan Tebrau di Johor, Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan Kuantan di Pahang.

Hujah untuk berbuat demikian ialah peluang Umno untuk menang adalah lebih besar di kerusi pengundi bercampur, dengan mendapatkan majoriti undi Melayu, yang akan sebaliknya tidak mengundi MCA.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membisu sejak seminggu lalu berhubung dakwaan tersebut, telah menyemarakkan spekulasi dan keberangan akar umbi yang bimbang parti itu akan kehilangan kerusi terbabit untuk selama-lamanya.

Menurut Sin Chew Daily, Ketua MCA bahagian Kuantan, Ti Lian Ker berkata ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada masyarakat Cina tempatan kerana Kuantan merupakan kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan tinggi pengundi Cina di pantai timur semenanjung.

"Kita memerlukan seorang wakil Cina sebagai suara kita dan wakil ini juga akan melindungi hak bukan Bumiputera," katanya ~ sepenuhnya sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive