Patutlah Najib perli Husam..


Tak pasal-pasal dalam pertemuannya dengan Kakitangan Kerajaan di Putrajaya hari ini, Najib menyelar calon PAS bagi kerusi parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang merayu undi di sini sejak pencalonannya diumumkan minggu lepas.

“Saya tak lupa jasa penjawat awam ... Kalau sayang saya, tolong saya nanti,” kata Najib kepada penjawat awam yang memenuhi auditorium hotel The Everly di sini yang mengangkat sepanduk “Saya Sayang PM” kepadanya.

“Kalau ada sehari dua ni orang turun nak minum teh dengan kita di kantin. Hati-hati lah ya,” kata Najib merujuk kepada Husam yang sudah mula mendekati penjawat awam di sini.

“Ini bukan soal dia daripada negeri ambo ... Ini soal masa depan negara kita,” kata Najib.

Mungkin Najib dah nampak kot masa dia lintas di Foodcourt Presint 8, P-125 Putrajaya, Husam Musa bersama kakitangan kerajaan ni..


Catatan Husam mengenai pertemuan ini..

Pakcik ini seorang Kakitangan Kerajaan, ketika terserempak dengan saya, beliau terus menyapa dan bersalam kemudian tiba2 menangis dihadapan saya ketika tangan saya masih menggenggam tangan beliau.

Pertemuan bermakna itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau... Banyak masalah beliau luahkan pada saya dan mohon saya bantu beliau dan saya telah berjanji akan bantu selesaikan masalah beliau sebagai saudara sesama Islam dan juga atas dasar kemanusiaan...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive