Papagomo Akan Kuburkan Anwar di Permatang Pauh...


Ini adalah laporan yang paling menggerunkan buat kebanyakkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..

Malah beberapa Blog macai-macai UMNO telah melaporkan kononya Anwar Ibrahim telah pucat lesi dengan pengumuman PapaGomo ini..

Penulis blog kontroversi Papagomo yang digugurkan daripada perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan rasuah mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan mengumumkan perkara itu melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

Mohamad Rafi dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, mereka juga berhasrat untuk menamatkan kerjaya politik Anwar. PDRM pada akhir bulan lalu menjelaskan bahawa Wan Muhammad Azri dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.

Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene menjelaskan demikian susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu ~ Malaysiakini

Dan berikut adalah jawapan dari beberapa individu yang sempat ditanya pandangan mereka tentang laporan ini..

"APA?? PapaGomo nak lawan Anwar??.. Kah.. Kah.. Kah... "

Jawapan yang diterima dari kebanyakkan yang ditanya adalah hampir sama iaitu.. "Kah.. Kah.. Kah... "

Cuma seorang Pak Cik yang memberikan jawapan yang berbeza.. iaitu "Papa Gomo?.. Hish.. menatang apa pulak tu?"

Bagaimanapun bagi meraikan demokrasi.. Kami ucapkan selamat datang ke Permatang Pauh buat Papa Gomo..

Datangmu tak diundang.. Pergimu tak dihalang.. berhati-hati menyebar fitnah disini.. takut nanti telur tembelang yang melayang..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive