PANAS!! Pemberontakan tercetus di Tasek Gelugor: Pemimpin - pemimpin UMNO umum bertanding Bebas..


Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008.

Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.

Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.

 

“Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini,” kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.

“Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya,” tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.

Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut.


Bekas ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed yang digugurkan berkemungkinan akan mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon bebas oleh kerana BN telah mengemukakan calon baru Muhamad Yusoff Mohd Noor untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan dibuang parti oleh kerana bertanding sebagai calon bebas, Shariff mengatakan pimpinan parti boleh melakukannya pada bila-bila masa.

“Jika mereka mahu membuang saya, lakukan sekarang dan jangan hanya mengugut kami,” katanya.


Shariff bertegas beliau akan bertanding sebagai calon “tidak kira apa terjadi” sebelum memberi amaran BN akan kehilangan Tasek Gelugor yang merupakan kubu kuat gabungan tersebut.

“Jika mereka tidak berhati-hati, mereka tidak harus menjangkakan Tasek Gelugor sebagai kerusi selamat kerana risiko besar mereka telah ambil di sini,” katanya.

Bekas timbalan menteri Pertanian dan Asas Tani pertama kali bertanding di Tasek Gelugor pada 1999 apabila beliau menang dengan majoriti 4,236 undi.

Pada 2004, beliau mengalahkan calon PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti 10,183 undi.

Akan tetapi beliau memberikan kerusi tersebut kepada menteri kewangan kedua pada ketika itu Nor Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan 4,547 majoriti undi, mengalahkan Ismail Salleh dari PAS.


Seorang lagi pemimpin BN, A. Mohan memberitahu sidang akhbar sebelum ini mengenai niatnya untuk bertanding di kerusi parlimen Batu Kawan dan meletakkan jawatan daripada Gerakan.


“BN tidak mengambil kira pengorbanan yang saya lakukan sepanjang empat tahun untuk berkhidmat kepada rakyat akan tetapi parti dengan jelas tidak menghargai kerja keras saya,” kata koordinator BN Batu Kawan itu.

Dengan kecewa, Mohan mengatakan beliau telah membuat keputusan untuk keluar parti akan tetapi tidak mempunyai niat untuk menyertai parti lain buat masa ini.

“Saya yakin kita (BN) boleh kembali menang di kerusi Batu Kawan jika diberikan peluang akan tetapi sekarang mereka meletakkan calon muka baru di kawasan ini, yang mungkin tidak akan menang,” katanya ~ The Malaysian Insider

Punca sebenar Datuk Seri Mohd Shariff kecewa dengan Barisan Nasional ialah beliau merasakan dirinya telah ditipu dan dipermainkan oleh pihak UMNO/BN sendiri..

Dimana beliau sebelum PRU12 telah dipujuk untuk memberikan laluan hanya untuk satu penggal kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun janji itu tidak ditepati oleh Najib.. dan satu muka baru pula diperkenalkan sebagai calon kawasan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam PRU13 ini..

Moral of the story disini ialah.. Jikapemimpin UMNO sendiri yang punya pengaruh, punya ramai penyokong, pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri boleh ditipu begitu sahaja oleh pemimpin UMNO yang lain... macai-macai UMNO sudah tentu lebih mudah ditipu..

Tiada langsung semangat setiakawan sesama rakan perjuangan mereka... oleh itu macai-macai diluar sana.. fikir-fikirkan..

Adakah anda akan kekal dihargai atau dihargai apabila diperlukan sahaja..


Sila liaht Video mengenai pemberontakan ini di ( SINI )

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive