Najib kata Manifesto BN itu idea dia sendiri.. bukannya diciplak..


Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentang Sabtu lepas telah dirangka dengan teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib menerusi blog 1Malaysia berkata manifesto itu bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebih memahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama.

“Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini,” katanya.

Siapa agaknya Presiden UMNO ini cuba nak tipu??

Kalau zaman dulu masa internet belum ujud.. rakyat akan percaya apa yang Najib katakan itu.. tapi Najib.. sekarang ni maklumat dihujung jari saja.. 

Hanya macai-macai yang buta internet dan macai-macai yang celik internernet tetapi buta hatinya akan percaya apa yang Najib katakan itu..

Mana mungkin ianya satu kebetulun jika terdapat 22 perkara yang sama...

Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat (walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan sepenuhnya):

1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
 4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
 5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
 6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
 7. Memberikan permit teksi individu
 8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah 14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam.

Perkara-perkara di atas sepatutnya sudah dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun tetapi ianya tidak langsung direncana untuk dilaksana..

Tetapi untuk mengekalkan kuasa ditangan mereka, mereka menjadikannya sebagai janji..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive