Muhyiddin kata Pakatan yang ciplak Manifesto BN..

Dah gila apa Muhyiddin kawan si Najib ni.. Dia kata Pakatan sebenarnya menyalin idea BN ketika merangka manifesto mereka..

Macam mana Pakatan menyalin manifesto BN tu agaknya.. sedangkan ketika manifesto Pakatan dilancarkan, Manifesto BN pun tak ada lagi..

Manifesto Pakatan Rakyat dilancarkan pada 25 Februari lalu sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Shah Alam.. tapi Manifesto BN pula baru dilancarkan Sabtu lalu..

Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.

Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol dan harga kereta.

Muhyiddin berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.

Bercakap dalam sidang media di Gombak hari ini, Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada manifesto Pakatan sudah dilaksanakan oleh BN.

Walaupun BN dikritik sebagai "populis"kerana mengedarkan 'gula-gula' menjelang pilihan raya, Munyiddin mempertahankan perkara itu dengan berkata aspek kewangan dipertimbangkan secara sepatutnya ~ Malaysiakini 
Ni sudah jadi macam kes.. Mitsubishi keluarkan Lancer, Proton keluarkan Inspira.. tiba-tiba Proton dakwa Mitsubishi yang tiru dia orang..

Kah.. Kah.. Kah.. mengaku sajalah Muhyiddin ooiii... bukannya rakyat tak tahu hanya orang bodoh bersama UMNO tu.. semua rakyat dah tahu..

Pagi tadi Najib kata Manifesto BN itu idea dia sendiri.. baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive