Majlis Presiden Pakatan Rakyat tetapkan Chegu Bard bertanding di Sungai Acheh.


Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.

Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi semalam.

Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.

Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.

Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.

Manakala menurut  Chegu Bard di laman Twitter miliknya ini adalah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat..


Dan malam ini di Penanti..


Kenyataan Media

SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN

Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran.

Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat.

Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya.

Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi.

Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk;

SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH
Tarikh : 19 April 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh

Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya’ berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che’GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh ‘Datuk T’).

Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.

Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri.

Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.

Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Sekian untuk makluman.


che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive